Berita Harian

Perak juara

Peniaga jersi,makanan jadi tumpuan penyokong sejak awal pagi

- Oleh Khairie Khalid, Naqib Nor Said dan Syafiq Aznan

̌

Hujan lebat petang semalam hingga berlaku banjir kilat di kawasan parkir kereta Stadium Shah Alam tidak melunturka­n semangat penyokong Terengganu dan Perak memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

Malah, ada yang tiba ke kawasan stadium dalam keadaan basah kuyup selepas hujan pada jam 2.45 petang dengan mereka turut menjadikan khemah jualan cenderamat­a dan jersi sebagai tempat berteduh.

Seorang peniaga jersi yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Joe berkata, walaupun jualan agak perlahan, namun beliau gembira kerana memperoleh keuntungan sejak gerainya dibuka pagi kelmarin.

Tumpang berteduh

“Memang jualan perlahan kerana hujan lebat dan penyokong lebih banyak menjadikan khemah peniaga sebagai tempat berteduh.

“Tetapi hasil jualan yang diperoleh dari masih boleh dianggap okey. Jika dibandingk­an dengan perlawanan biasa, kami masih memperoleh keuntungan sehingga lima atau enam kali ganda walaupun terdapat persaingan,” katanya ketika ditemui.

Tinjauan mendapati barangan yang menjadi ‘kegilaan’ penyokong adalah bendera Perak dan Terengganu selain mafla dengan ia boleh dibeli pada harga antara RM3 hingga RM10.

Selain itu, baju hujan juga menjadi antara barangan yang menjadi buruan penyokong kedua-dua pasukan.

Seorang peniaga makanan dan minuman, yang mahu dikenali sebagai Salina, 43, mengakui hasil jualan laris biarpun hujan lebat.

“Tidak mengapa, saya yakin jualan laris kerana ramai penyokong yang memenuhi stadium,” katanya.

Jika dibandingk­an perlawanan biasa, kami masih memperoleh keuntungan lima atau enam kali ganda” Abang Joe, Peniaga jersi

 ??  ??
 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM, ASWADI ALIAS, SYARAFIQ ABD SAMAD, MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI, ZAID SALIM/BH ] ??
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM, ASWADI ALIAS, SYARAFIQ ABD SAMAD, MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI, ZAID SALIM/BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Penyokong TFC, Nir Dini Syamina Pikri (kanan) dan Siti Nur Balqis Azmi membantu mengikat bandana penyokong Perak, Siti Norkartini Sahimi.
Penyokong TFC, Nir Dini Syamina Pikri (kanan) dan Siti Nur Balqis Azmi membantu mengikat bandana penyokong Perak, Siti Norkartini Sahimi.
 ??  ?? Peniaga menjual baju hujan kepada penyokong yang hadir di Stadium Shah Alam, semalam.
Peniaga menjual baju hujan kepada penyokong yang hadir di Stadium Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia