Berita Harian

40 LAGI AHLI PARLIMEN UMNO PERTIMBANG SERTAI BERSATU

Hasrat tinggalkan parti tak harus jadi langkah elak diri daripada disiasat: Kadir

- Oleh Mohamed Farid Noh dan Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

Seramai 40 Ahli Parlimen UMNO dipercayai akan meninggalk­an parti itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lama lagi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin, berkata semua Ahli Parlimen berkenaan sedang membuat pertimbang­an untuk menyertai BERSATU.

Beliau juga tidak menafikan ada antara mereka mempunyai isu atau terdedah untuk disiasat.

Bagaimanap­un, katanya, hasrat untuk menyertai BERSATU tidak seharusnya menjadi langkah untuk mereka menyelamat­kan diri kerana semua pihak perlu mematuhi undang-undang.

“Posisi mereka dalam UMNO yang berpotensi menyertai BERSATU bukan sama seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memegang kedudukan penting dalam parti dan kerajaan.

“Sesiapa sahaja yang ingin menyertai BERSATU terikat kepada syarat dan tiada keistimewa­an diberikan. BERSATU juga tidak menjanjika­n jawatan khas kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidanga­n Perwakilan BERSATU Bahagian Tebrau di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Kadir yang juga Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri berkata, semua 40 Ahli Parlimen UMNO itu sedang memikirkan­nya sebelum membuat keputusan muktamad.

Jadi wakil Bebas dahulu

“Ahli Parlimen UMNO masih berfikir lagi, apa akan berlaku selepas itu (selepas sertai BERSATU).

“Seperti biasa mereka perlu keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sebelum menyertai BERSATU,” katanya.

Kadir turut mengingatk­an ahli BERSATU supaya tidak dijangkiti penyakit sama seperti dialami ahli UMNO.

“Mereka (ahli BERSATU) perlu berjuang dengan ikhlas dan berdedikas­i tanpa memiliki tabiat seperti ahli parti itu (UMNO).

“Penyakit itu menjejaska­n UMNO sebelum ini dan ia juga boleh menjejaska­n BERSATU jika diamalkan. Semua ahli BERSATU adalah sama rata dan bertugas secara ikhlas adalah penting,” katanya.

 ??  ?? Kadir menerima cenderamat­a selepas merasmikan persidanga­n Perwakilan BERSATU Bahagian Tebrau di Skudai, semalam.
Kadir menerima cenderamat­a selepas merasmikan persidanga­n Perwakilan BERSATU Bahagian Tebrau di Skudai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia