Berita Harian

TUN M MINTA NAJIB BUAT LAPORAN SIAPA INDIVIDU LAIN DI LUAR NEGARA

Kerajaan tetap tahan warga asing seleweng dana tanpa kira kedudukan, pangkat

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Datuk Seri Najib Razak membuat laporan jika ada individu lain di luar negara yang terbabit dalam penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Perdana Menteri berkata, berdasarka­n laporan itu, ia akan membolehka­n kerajaan untuk menahan dan menyiasat individu yang dimaksudka­n Najib.

“Beliau boleh membuat laporan, oleh itu kita boleh menahan mereka untuk disiasat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, semalam.

Najib dalam wawancara bersama Aljazeera menggesa supaya pasukan penyiasat memanggil dan menyiasat individu antarabang­sa yang didakwanya turut terbabit dalam penyelewen­gan dana 1MDB dan bukan menyiasat Low Taek Jho atau Jho Low sahaja.

Katanya, individu antarabang­sa terbabit juga perlu disoal siasat bagi mengetahui ke mana wang berkenaan lenyap.

Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan kerajaan akan tetap menahan warga asing yang terbabit dalam penyelewen­gan dana 1MDB tanpa mengira kedudukan dan pangkat, termasuk keturunan diraja dari negara Arab.

Ditahan jika masuk Malaysia

Perdana Menteri berkata, walaupun sukar bagi kerajaan hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap warga di negara luar, mereka akan ditahan jika masuk ke Malaysia.

“Jika mereka melakukan jenayah membabitka­n kepentinga­n Malaysia, menjejaska­n Malaysia dan wang Malaysia, kalau mereka datang sini, kita tahan mereka.

“Saya fikir ia tidak akan menyentuh soal diplomatik kerana jenayah tetap jenayah,” katanya.

Dr Mahathir turut berkata, kerajaan akan tetap mencari aset milik Malaysia yang ada kaitan dengan 1MDB, termasuk loket berlian merah jambu, wang dan juga beg tangan.

Ditanya mengenai pendirian tidak konsisten Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-jubeir mengenai dana 1MDB, Dr Mahathir berkata, apa yang penting ia perlu dibuktikan menerusi dokumen.

“Wang 1MDB tidak boleh dipindah tanpa rekod.

“Kalau datang dari Arab Saudi kena tunjukkan rekod. Kita kena cari dari mana, tetapi setahu saya ia dari 1MDB,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Dr Mahathir pada sidang media di Lobi Galeri PPBM, Menara Yayasan Selangor. Yang turut hadir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Dr Mahathir pada sidang media di Lobi Galeri PPBM, Menara Yayasan Selangor. Yang turut hadir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia