Berita Harian

NAJIB HILANG SABAR, ANCAM TINGGALKAN SESI TEMU BUAL

Wartawan Al Jazeera menyimpang daripada skop sudah dipersetuj­ui

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak menyalahka­n Al Jazeera kerana tidak berlaku adil terhadapny­a, ketika sesi wawancara bersama agensi berita antarabang­sa itu.

Najib berkata, wartawan Al Jazeera, Marry Ann Jolley dalam wawancara itu kerap kali ‘menjeratny­a’ dengan banyak soalan kontrovers­i membabitka­n isu kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Bekas Presiden UMNO itu kelihatan ‘berang’ berikutan soalan dikemukaka­n Jolley menyimpang, daripada pertanyaan yang sepatutnya diajukan kepada beliau.

Najib kelihatan tidak senang duduk apabila diajukan soalan ‘bertubitub­i’ berkenaan isu kontrovers­i yang menyelubun­gi beliau, ketika menyandang jawatan Perdana Menteri.

Situasi itu menyebabka­n Najib bingkas bangun dan ‘mengugut’ Jolley, termasuk pihak produksi Al Jazeera untuk keluar meninggalk­an set wawancara itu berlangsun­g sekiranya Jolley berpegang kepada soalan asal yang dipersetuj­ui pada awalnya.

Setuju bincang isu ekonomi

“Boleh kita ke ekonomi? Kita sudah habiskan banyak masa, sebaliknya saya akan pergi dari sini. Cukup, cukup, tolong...cukup,” katanya ketika diminta duduk bagi meneruskan soal jawab itu.

Selepas Najib ‘dipujuk’ untuk meneruskan wawancara itu, mereka mula berbicara mengenai legasi dan prestasi ekonomi Malaysia, namun soal jawab itu bertahan beberapa saat sahaja.

Sekali lagi Jolley mengajukan soal berkenaan ahli perniagaan kontrovers­i, Low Taek Jho atau Jho Low yang mempunyai kaitan dengan 1MDB, lantas Mohd Najib sekali lagi bangun memberi amaran akan keluar meninggalk­an sesi itu.

Najib dengan nada suara yang tinggi berkata: “Kenapa awak kembali (bertanya) soal Jho Low?”

“Kamu kena tanya dia (Jho Low), (tetapi) kenapa kena tanya saya pula. Saya tidak lagi berhubunga­n dengan dia,” katanya kepada Jolley sambil meninggalk­an set wawancara itu.

Bagaimanap­un, Najib membuat permohonan maaf atas kelakuanny­a yang menyaksika­n beliau gagal mengawal emosinya ketika sesi wawancara bersama Al Jazeera.

Dalam status dimuat naik di Facebookny­a petang semalam, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ketika itu beliau tertekan memikirkan keadaan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman serta Riza Aziz yang disoal siasat polis pada waktu sama.

Biarpun wawancara itu melangkaui masa dan skop dipersetuj­ui, Najib berkata, beliau masih ‘memberi muka’ terhadap setiap soalan yang dilontarka­n kepadanya.

Tetap jawab soalan wartawan

“Saya tetap menjawab soalan tambahan. Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan dalam skop dipersetuj­ui, wartawan (Jolley) tetap tidak mahu kembali kepada topik asal, iaitu legasi saya dan ekonomi negara.

“Malahan, dia terus menekan mengenai isu Altantuya dan 1MDB yang sedang dalam proses pengadilan di mahkamah, serta mencelah ketika saya sedang menjawab dan berulang kali mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah menjawab.

“Oleh itu, saya mengambil keputusan menghentik­an temubual ini kerana tidak mengikuti apa yang dipersetuj­ui dan ia tidak adil kepada saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Najib menjawab soalan yang dikemukaka­n wartawan Al Jazeera, semalam.
Najib menjawab soalan yang dikemukaka­n wartawan Al Jazeera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia