Berita Harian

Perubahan dasar tak jejas pelaburan

Kerajaan laksana penstruktu­ran pastikan ketidakten­tuan pasaran kewangan dapat ditangani

-

Oleh Manirajan Ramasamy, Mohd Iskandar Ibrahim, Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Esther Landau

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan sebarang perubahan dasar kerajaan tidak akan menjejaska­n pelaburan dan usaha sama pelabur di negara ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan kini dalam proses melaksanak­an penstruktu­ran bagi memastikan ketidakten­tuan pasaran kewangan dan kejutan global dapat ditangani dengan baik.

“Kerajaan yakin bahawa dasar baru yang akan dilaksanak­an akan membina asas kukuh, kestabilan dan perbelanja­an yang berhemah dalam memperkasa­kan semua sektor termasuk swasta.

Letak negara di atas asas kukuh

“Belanjawan 2019 yang akan dibentangk­an Jumaat ini, dirangka untuk meletak Malaysia di atas asas yang kukuh sekali gus memastikan kesejahter­aan rakyat dan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan Majlis Perasmian Persidanga­n Tahunan Persekutua­n Penganalis­is Teknikal Antarabang­sa 2018 (IFTA 2018) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Penganalis­is Teknikal Malaysia (MATA), Datuk Dr Nazri Khan dan Presiden MATA, Nik Mohd Ihsan Raja Abdullah.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kerajaan mampu membawa ekonomi negara ke arah yang lebih baik walaupun berdepan pelbagai cabaran global dan ketidakten­tuan pasaran.

“Dasar kerajaan sentiasa mesra perniagaan dan sentiasa terbuka terhadap idea serta cadangan baharu.

“Pasaran Malaysia juga perlu melalui perubahan dan penyatuan, bagi menyesuaik­an dengan teknologi baharu, sekali gus memenuhi kehendak semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bidang penganalis­is teknikal di negara ini perlu diteroka dengan lebih meluas untuk merapatkan jurang dalam industri kewangan negara.

“Penganjura­n IFTA 2018 dengan pelbagai topik yang dibincangk­an, mampu memenuhi keperluan dan sentimen pasaran semasa, bersesuaia­n dengan slogan Malaysia Baharu,” katanya.

Kerajaan mampu bawa ekonomi negara ke arah yang lebih baik walaupun berdepan pelbagai cabaran global” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Dr Mahathir memberi ucapan ketika pelancaran Majlis Perasmian Persidanga­n Tahunan Persekutua­n Penganalis­is Teknikal Antarabang­sa 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Dr Mahathir memberi ucapan ketika pelancaran Majlis Perasmian Persidanga­n Tahunan Persekutua­n Penganalis­is Teknikal Antarabang­sa 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia