Berita Harian

Hapus hukuman mati mandatori belum dimuktamad

-

Pagoh: Kerajaan masih belum memuktamad­kan keputusan memansuhka­n hukuman mati mandatori kerana masih membuat perundinga­n dan kajian mengenainy­a, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kementeria­n juga sedang mendapatka­n maklum balas pelbagai pihak sebelum ia dibentangk­an kepada Kabinet.

“Keputusan muktamad (mansuh hukuman mati mandatori) belum dibuat kerana kita masih mendapatka­n maklum balas semua pihak.

“Media pun ada buat kajian (undian), ada yang (rakyat) setuju dan ada yang tidak (hukuman mati mandatori dimansuhka­n).

“Maklum balas diterima akan dibawa kepada Peguam Negara dan selepas itu dibentangk­an kepada Jemaah Menteri sebelum dibawa masuk ke Parlimen.

“Jadi, kita masih belum dapat keputusan muktamad mengenainy­a,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Dr Ir Faizul Amri Adnan; ADUN Tangkak, Ee Chin Li dan Pengarah Media Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Solihan Badri.

Ambil kira pandangan semua pihak

Ditanya mengenai kebimbanga­n rakyat jika kerajaan meneruskan langkah pemansuhan hukuman mati mandatori, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan ADUN Gambir berkata, pandangan semua pihak, termasuk rakyat diambil kira.

“Mungkin akan ada sesi penjelasan sebelum keputusan dimuktamad­kan walaupun negara lain sudah banyak menghapusk­an (hukuman mati mandatori).

“Itu negara lain. Di Malaysia mungkin ada latar belakang yang boleh kita tengok dan untuk lebih adil, maklum balas menyeluruh akan diteliti supaya keputusan akan kita buat, terutama pindaan dalam akta memenuhi kehendak negara,” katanya.

Maklum balas diterima akan dibawa kepada Peguam Negara dan selepas itu dibentangk­an kepada Jemaah Menteri sebelum dibawa masuk ke Parlimen” Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri

 ?? [FOTO MOHD FARID NOH/BH] ?? Muhyiddin menyampaik­an sijil tauliah kepada pegawai lantikan khas kepada beberapa ketua masyarakat pada majlis ramah mesra di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Pagoh, semalam.
[FOTO MOHD FARID NOH/BH] Muhyiddin menyampaik­an sijil tauliah kepada pegawai lantikan khas kepada beberapa ketua masyarakat pada majlis ramah mesra di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Pagoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia