Berita Harian

Kes pasport, curi punca rakyat asing dilarang guna

-

Kuantan: Isu kecurian dan kehilangan barangan, termasuk pasport punca utama kantin Malaysia Hall di London, ditutup kepada bukan warga Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata beliau sudah mendapatka­n maklumat daripada pemangku duta dan memang kantin itu ditutup untuk orang luar sahaja.

“Alasan penutupan kantin itu atas tujuan keselamata­n, berikutan ada laporan berlaku kecurian dan kehilangan barangan. Ini termasuk kehilangan pasport,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Futsal anjuran Parlimen Indera Mahkota di Gelanggang Futsal Kampung Tiram dekat sini, semalam.

Ulas pertemuan dengan Abel

Sementara itu, mengulas pertemuan dengan Menteri Luar Arab Saudi, Abel Ahmed Al Jubeir di Wisma Putra, kelmarin, beliau berkata, ia adalah pertemuan kedua antara mereka.

“Pertemuan semalam (kelmarin) adalah kali kedua. Saya pernah bertemu beliau pada bulan lalu di New York ketika sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Dalam pertemuan itu (bulan lalu) dan semalam (kelmarin), Abel menyatakan duit RM2.6 bilion tidak ada kaitan dengan kerajaan mereka (Arab Saudi) atau keluarga Raja Salman.

“Mengenai percanggah­an kenyataan dibuat Abel pada 2016, itu bukan bidang kuasa saya dan saya percaya pihak siasatan boleh menilai kenyataan terbaru beliau.

“Perbincang­an hanya berkaitan status wang itu sahaja, belum sampai tahap mereka sedia jadi saksi atau membantu siasatan kes itu,” katanya.

Alasan penutupan kantin itu atas tujuan keselamata­n, berikutan ada laporan berlaku kecurian dan kehilangan barangan termasuk kehilangan pasport” Saifuddin Abdullah, Menteri Luar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia