Berita Harian

Sidang fokus dua isu

Perjanjian air, hubungan dua hala bakal dibincang Dr Mahathir, Hsien Loong

- Oleh Mohd Sabran Md Sani

Isu berkaitan perjanjian air, keselamata­n dan kerjasama dua hala antara perkara akan dibincangk­an pada Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-singapura (JMC), bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, berkata beliau akan hadir pada pertemuan disertai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita akan ada JMC antara Malaysia dan Singapura pada bulan depan, saya dan Perdana Menteri akan ke sana (Singapura).

“Perbincang­an bukan sahaja berkaitan air, tetapi kerjasama dua hala serta perkara yang tertangguh,” katanya pada sidang media sempena lawatan Karnival Jom Heboh (KJH) 2018 di Angsana Mall Johor Bahru, semalam.

Ditanya sama ada isu berkaitan perjanjian air dibincangk­an, Osman berkata, ia antara satu daripada agenda dalam pertemuan itu.

“Kerajaan negeri masih dalam perbincang­an (cadangan menjual air kepada Singapura 50 sen bagi 3,785.41 liter) dan perjanjian sedia ada masih panjang lagi, selain kadarnya (harganya) masih berkuat kuasa.

“Kalau orang (Singapura) minta air tambahan, mungkin kita akan bincang mengenai perkara ini,” katanya.

Cadang naik kadar air

Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini pernah menyuaraka­n kadar lama air dinaikkan.

“Dia (Kerajaan Singapura) tidak mahu (kenaikan harga), sebaliknya mahu mengikut perjanjian harga itu (dipersetuj­ui dalam perjanjian).

“Tetapi kita dengar dia nak tambah air. Jadi, jika tambah air, kita ikut kadar baharu dan itu salah satu caranya,” katanya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan pemukiman pemimpin Singapura-malaysia yang akan datang, ditangguhk­an sehingga ke suatu tarikh akan ditentukan kemudian, menurut Kementeria­n Hal Ehwal Luar Singapura.

Jurucakap kementeria­n menyatakan perkara itu menerusi satu kenyataan, bagi menjawab pertanyaan media berhubung tarikh Pemukiman Pemimpin Singapura-malaysia Ke-9.

Bagaimanap­un, kenyataan berkenaan tidak menyebut sebab penangguha­n itu.

Laporan pada Selasa lalu menyebut Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dijadual bertemu Dr Mahathir di Putrajaya bulan depan, pada pemukiman pemimpin itu.

Sebuah akhbar tempatan yang memetik Hsien Loong melaporkan, pemukiman itu berlangsun­g kira-kira 10 hari selepas Dr Mahathir berkunjung ke Singapura, untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Dr Mahathir akan berada di Singapura bersempena sidang kemuncak yang dianjurkan Singapura, selaku pengerusi ASEAN, selama lima hari mulai 11 November ini.

Edisi kelapan pemukiman itu diadakan di sini, pada Januari tahun ini.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM /BH] ?? Osman diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid (lima dari kanan) di Karnival Jom
Heboh, Angsana Mall Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM /BH] Osman diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid (lima dari kanan) di Karnival Jom Heboh, Angsana Mall Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia