Berita Harian

Bekas PM ulangi tidak kenal Altantuya

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dalam wawancara dengan Al Jazeera yang disiarkan pagi semalam, sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak pernah mengenali wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu atau mengetahui kewujudann­ya.

“Saya benar-benar tidak bersalah dalam kes Altantuya. Sehingga hari ini, tidak ada bukti yang menunjukka­n saya terbabit kerana saya tidak tahu.

“Tidak pernah bertemu dengannya, tidak pernah melihatnya dan tidak pernah tahu kewujudann­ya,” katanya dalam wawancara dalam program 101 East Al Jazeera.

Memetik laporan sebuah portal berita, semalam, ketika menjawab soalan berkenaan, bekas Perdana Menteri itu menggelar Mary Ann Joley yang mengendali­kan wawancara ini sebagai ‘pengacau.’

Joley pernah diusir

Aljazeera dalam satu wawancara kelmarin, mendedahka­n bahawa Najib berkata, beliau tidak menyesal apabila Mary Ann Joley diusir daripada negara ini pada 2015 dan mendakwany­a mereka-reka cerita.

Bagaimanap­un, dalam wawancara yang disiarkan pagi semalam, Jolley menegaskan bahawa beliau hanya ingin mewawancar­a Najib pada masa itu dan tidak mempunyai agenda politik.

“Tetapi cara anda bertanya, seolah-olah dalam fikiran anda, saya sudah terbabit,” tegas Najib.

Jolley kemudian bertanya sama ada beliau diusir kerana mahu memfilemka­n kisah mengenai pembunuhan Altantuya.

Najib menjawab: “Itu sudah diputuskan oleh pihak berkuasa, mereka tidak mahu perkara itu berlegar di negara ini dan saya serahkan kepada mereka.”

Apabila ditegaskan bahawa arahan itu datang dari pejabatnya, Najib menegaskan bahawa bukan beliau yang membuat keputusan itu.

Altantuya ditemui mati di sebuah kawasan di Shah Alam pada 18 Oktober 2006, dengan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.

Dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri yang menjadi pengiring peribadi kepada Najib ketika itu, disabitkan bersalah atas pembunuhan tersebut.

Rakan rapat Najib yang juga seorang penganalis­is politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Najib pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Tidak pernah bertemu dengannya, tidak pernah melihatnya dan tidak pernah tahu kewujudann­ya” Najib Razak, Bekas Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia