Berita Harian

Mahasiswa minta teruskan bantuan

Pemberian baucar buku, kad diskaun bantu urus perbelanja­an perlu dikekalkan

- Oleh Zarul Fitri Muhd Zamrie dan Siti Nur Zawani Miscon

Bajet 2019 akan dibentangk­an 2 November depan dan semua pihak pasti mengharapk­an sesuatu yang positif, tidak terkecuali golongan mahasiswa.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Adib Ashman Burhan Burhanudin, 22, berharap bantuan kerajaan kepada mahasiswa sebelum ini diteruskan.

“Pemberian baucar buku dan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) juga sangat membantu mahasiswa dalam menguruska­n perbelanja­an di universiti.

“Kerajaan juga perlu memantau yuran pengajian universiti supaya tiada kenaikan yang membebanka­n penuntut,” katanya ketika dihubungi wartawan NSTP.

Dalam pada itu, Adib Ashman juga berharap kerajaan dapat memantau pembanguna­n universiti tempatan, sekali gus dapat membantu dalam menjaga kedudukan institusi itu untuk berada dalam kelompok universiti terbaik.

Tidak patut potong bajet

Ia termasuk membabitka­n mahasiswa jika ada penggubala­n dasar atau undang-undang, yang berkaitan pelajar secara langsung.

Sementara itu, YDP MPP Universiti Malaysia Pahang (UMP), Muhammad Amrun Aniq Mohamed Saidi, 22, berkata bajet universiti tidak seharusnya dipotong.

“Kerajaan perlu mempertimb­angkan untuk tidak memotong peruntukan kewangan kepada universiti awam. Jika kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan jumlah peruntukan, sekurang-kurangnya kerajaan perlu mengekalka­n nilai sedia ada untuk Bajet 2019,” katanya.

Amrun juga berharap kerajaan dapat menaikkan nilai bantuan KADS1M kepada RM400 daripada RM250 ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia