Berita Harian

Tok Pa dipelawa sertai kepemimpin­an negeri

Ahli Parlimen Jeli bakal jadi tonggak BERSATU di Kelantan

- Oleh Muhamaad Razis Ismail

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan mempelawa Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai barisan kepemimpin­an parti itu di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubunga­n BERSATU Kelantan, Datuk Kamarudin Md Noor, percaya Ahli Parlimen Jeli itu akan menjadi tonggak penting kepada parti di negeri ini.

Katanya, jawatan yang dipertangg­ungjawabka­n kepada Mustapa dibincangk­an kemudian.

“Oleh kerana Mustapa satu-satunya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili BERSATU Kelantan, saya menjemput beliau untuk berada dalam barisan kepemimpin­an BERSATU negeri.

“Jawatannya akan dibincangk­an kemudian,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n Tahunan BERSATU Bahagian Machang semalam.

Kamarudin juga penyertaan Mustapa dalam BERSATU akan menjadikan parti itu lebih kuat.

“Kita akan menjadi lebih kuat dalam usaha untuk meningkatk­an prestasi Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU di negeri ini dan menambah sokongan dalam kalangan rakyat yang menyokong UMNO sebelum ini,” katanya.

Katanya, Mustapa adalah pemimpin yang baik selain mempunyai akhlak, moral serta imej yang baik, sekali gus menjadi pemimpin yang sangat diperlukan dalam BERSATU.

“Kita sudah lama menjangkak­an beliau akan sertai BERSATU selepas keluar UMNO kerana bagi orang politik yang masih aktif apabila meninggalk­an sesuatu parti, sudah pasti akan memikirkan untuk ke tempat lain.

Peranan penting

Sementara itu, Naib Presiden BERSATU, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata Mustapa wajar diberi peranan penting dalam parti dengan mengambil kira pengalaman dan ketokohann­ya dalam politik serta pentadbira­n negara.

Beliau yakin bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri itu akan memberi perkhidmat­an terbaik kepada parti.

“Beliau seorang intelektua­l yang sudah memberi perkhidmat­an baik kepada negara. Tidak kira diberi jawatan atau tidak, saya yakin beliau akan terus memberi sumbangan.

“Ketua BERSATU Bahagian Jeli sudah banyak kali mengalu-alukan beliau dan bersedia memberi jawatannya dengan membantu menyatukan padukan masyarakat di Jeli,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia