Berita Harian

Yakin parti mampu bela kepentinga­n pengundi Jeli

-

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana yakin parti itu memberi peluang kepadanya untuk memainkan peranan lebih berkesan membela kepentinga­n pengundi di Jeli dan rakyat Kelantan secara keseluruha­nnya.

Beliau yang keluar UMNO pada 18 September lalu, menyokong usaha Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi penekanan terhadap integriti dan ketelusan ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik dalam kerajaan dan parti politik.

“Saya menyokong langkah sedang diambil untuk mengukuhka­n kedudukan kewangan negara yang disifatkan sebagai amat penting bagi meletakkan asas kukuh dalam memastikan ekonomi negara dibangunka­n secara lestari.

Perkasa agenda Bumiputera

“Insya-allah, saya berharap dapat turut sama membantu usaha BERSATU selaku parti komponen kerajaan dalam melaksanak­an agenda pemerkasaa­n Bumiputera, di samping menjayakan pelan pembanguna­n ekonomi yang lebih inklusif untuk manfaat rakyat dan reformasi institusi untuk mewujudkan masa hadapan lebih cerah bagi Malaysia,” katanya dalam kenyataan malam kelmarin.

Terdahulu, beliau menyerahka­n borang keanggotaa­n secara rasmi kepada Dr Mahathir selaku Pengerusi BERSATU yang disaksikan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pimpinan parti pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti itu.

Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Lanas, turut menerima kad keanggotaa­n parti daripada Dr Mahathir.

Bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri itu berkata, beliau mengambil keputusan menyertai BERSATU selepas menjadi Ahli Parlimen Bebas dan meneliti perkembang­an politik semasa.

Mustapha turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Mahathir dan Muhyiddin serta kepimpinan parti itu kerana menerima penyertaan­nya.

Mengulas penyertaan Mustapa, Dr Mahathir berkata penyertaan­nya dibuat secara sukarela dan bukan atas jemputan parti.

“Saya amat sukacita kerana kita terima keahlian dari bekas tokoh UMNO. Kita telah beri masa kepadanya untuk jadi Ahli Parlimen Bebas dan setelah lihat pendiriann­ya, kita setuju beliau layak jadi anggota BERSATU,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia