Berita Harian

GLC perlu tingkat ketelusan, tanggungja­wab

-

Kuala Lumpur: Ketelusan dan kebertangg­ungjawaban yang lebih tinggi amat diperlukan dalam usaha pembaharua­n syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Felo Kanan, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Prof Dr Edmund Terence Gomez.

Beliau mempersoal­kan mengapa pembaharua­n GLC belum dimulakan di samping membangkit­kan ketiadaan langkah penyusunan semula GLC antara kementeria­n.

“Kita kini dalam tempoh enam bulan di bawah pentadbira­n (kerajaan baharu). Saya berpendapa­t sejak wujudnya GLC, ia satu masalah besar dalam ekonomi. GLC perkara pertama perlu ditumpukan menerusi pendekatan memperkena­lkan pembaharua­n.

“Mengapa mereka tidak memperkena­lkan pembaharua­n selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menyifatka­n GLC sebagai monster,” katanya kepada pemberita di luar Forum Ekonomi Belia 2018 di sini, semalam.

GLC tak penuhi matlamat asal

April lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata GLC berkembang menjadi monster dan tidak memenuhi matlamat asal yang dihasratka­n, iaitu mengurangk­an jurang ketaksamaa­n antara golongan kaya dan miskin.

Beliau juga berkata, GLC ditubuhkan untuk memastikan dana kekal berada dengan mereka, selain memegang saham bagi orang Melayu, namun tanpa penyeliaan yang sepatutnya, ia kini menjadi monster.

Edmund berkata, kerajaan perlu mempunyai dasar yang jelas mengapa GLC ditubuhkan.

“Bagi saya, banyak yang ditubuhkan untuk mengamalka­n kuasa naungan dan politik naungan. GLC menjadi proses penting di mana anda boleh menyalurka­n konsesi dan pemeroleha­n yang secara jelasnya memerlukan ketelusan,” katanya.

Beliau turut mempersoal­kan penyusunan semula GLC antara kementeria­n seperti Kementeria­n Kewangan (MOF) dan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi.

“Mengapa syarikat di bawah MOF perlu dipindahka­n kepada Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi? Mengapa perlu beberapa GLC di bawah MOF diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Dari sudut ini, saya bercakap secara khusus mengenai Khazanah. Mengapa rombakan ini berlaku?

“Kita tidak tahu siapa sebenarnya dipindahka­n dan ke mana. Mengapa mereka berahsia mengenai perubahan GLC antara kementeria­n dan siapa yang memutuskan GLC mana dipindahka­n ke kementeria­n mana? Adakah menteri tahu GLC mana diletakkan di bawah portfolio mereka?

“Semua ini adalah soalan penting,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia