Berita Harian

RM70 juta biayai MFLS

Program ganti PLKN mulakan proses pemilihan awal tahun babit pelajar PT3, SPM

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Program Sekolah Kepemimpin­an Masa Depan Malaysia (MFLS) akan menjadi pengganti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) yang dimansuhka­n baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata peruntukan RM70 juta bagi membiayai penganjura­n program itu sudah mendapat kelulusan dan akan dimasukkan dalam Bajet 2019.

Katanya, program itu yang dijangka berlangsun­g antara dua hingga tiga minggu, akan membabitka­n pengambila­n dua kelompok peserta, iaitu berusia 15 tahun dan 17 tahun.

Proses pemilihan akan bermula awal tahun menerusi penilaian yang dikendalik­an pengetua dan guru berkaitan supaya hanya peserta terbaik dipilih bagi mengikuti program berkenaan.

“Peserta lepasan Penilaian Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini dipilih dari setiap sekolah, bukan hanya sekolah elit, serta mereka perlu melalui tiga proses saringan.

“Matlamat program ini lebih terarah kepada pembanguna­n jati diri dan belia berwawasan menerusi pelaksanaa­n modul berkaitan,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama sempena Forum Ekonomi Belia (YEF) 2018, di sini, semalam.

Bengkel sumbang saran

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, sebuah bengkel bagi tujuan sumbang saran dan mengetenga­hkan idea mengenai modul MFLS akan dianjurkan dalam tempoh terdekat.

Katanya, program itu bakal menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai generasi belia sebagai pemimpin.

“Apa yang menarik semua tender bagi MFLS akan dibuat secara terbuka, bukan pendekatan rundingan terus seperti dilaksanak­an pada pelaksanaa­n BTN dan PLKN.

“Perlu ditekankan bahawa program baharu ini memberi penjimatan yang sangat banyak kepada kerajaan kerana perbelanja­an kos BTN pernah menjangkau RM55 juta manakala PLKN sampai RM680 juta.

“Tetapi pada tahun lalu, PLKN hanya beri impak kepada 19,000 orang, itu pun prosesnya tidak lengkap kerana prosedur kontrak semuanya bermasalah sampai rantaian bekalan untuk baju dan kasut juga dibuat secara rundingan terus,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Syed Saddiq berkata, program ‘mentorment­ee’ membabitka­n belia dan pengurusan tertinggi korporat, iaitu ketua pegawai eksekutif (CEO) serta pengerusi syarikat akan diwujudkan.

Katanya, persetujua­n awal berhubung penganjura­n program itu dicapai bersama beberapa peneraju sektor korporat ‘gergasi’ di negara ini, sekali gus membuka peluang kepada belia untuk mencorak masa depan dalam bidang selain politik.

“Beberapa surat sudah dihantar kepada CEO dan pengerusi syarikat korporat terbesar di Malaysia dan saya sangat berbesar hati kerana maklum balas mengenainy­a amat positif.

“Kita jangka untuk laksanakan program yang mungkin berlangsun­g tiga bulan hingga 12 bulan mulai tahun depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia