Berita Harian

Perkukuh pengangkut­an awam

-

Kuala Lumpur: Beberapa ‘bayangan’ mengenai Bajet 2019 seakan terarah kepada usaha memperkuku­hkan jaringan pengangkut­an awam dan langkah ‘memperkema­skan’ sistem perkhidmat­an awam.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua, berkata kerajaan mempunyai pelan khusus berkaitan pengangkut­an awam, termasuk merungkai rangkaian masalah yang dihadapi sektor berkenaan.

“Kita ada syarikat ‘besar’ dalam Prasarana yang kendalikan Aliran Transit Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas pengantara, namun mereka tidak uruskan operasinya dengan baik.

“Selain itu, mereka berdepan hutang RM28 bilion, malah perangkaan ini meningkat secara mendadak saban hari. Terima kasih kepada pentadbira­n terdahulu.

“Bagaimanap­un, sedikit ‘bayangan’ mengenai Bajet 2019, pengangkut­an awam akan dijadikan antara fokus kerajaan,” katanya disahut tepukan gemuruh peserta Forum Ekonomi Belia (YEF) 2018.

Mengenai penjawat awam, Pua yang juga Ahli Parlimen Damansara, menolak dakwaan segelintir pihak bahawa Bajet 2019 bakal menyaksika­n tindakan drastik menerusi langkah ‘mengecilka­n’ saiz kakitangan awam.

Beliau menyifatka­n langkah itu hanya mengundang tindak balas negatif dan sabotaj daripada penjawat awam, justeru penyelesai­an terbaik ialah melakukan penjajaran atau mengemaski­ni sistem berkenaan.

“Peruntukan untuk penjawat awam, mencakupi emolumen dan pencen ialah antara kandungan yang memerlukan pembiayaan terbesar dalam bajet setiap tahun.

“Potong saja 20 peratus, sudah pasti kita akan menikmati penjimatan yang sangat banyak, namun kesannya mengundang kesan buruk apabila semua proses urus tadbir dan usaha kerajaan akan tergendala.

“Sebenarnya tidak perlu 20 peratus, sebaliknya cukup potong lima peratus daripada peruntukan sedia ada, kerajaan ketika ini tidak perlu lagi berada pada tampuk pemerintah­an kerana akan disabotaj oleh penjawat awam,” katanya.

Bajet berteras sifar

Sehubungan itu, beliau berkata, pilihan alternatif ialah ‘bajet berteras sifar’ yang menyaksika­n setiap kementeria­n mengekalka­n permintaan peruntukan kewangan, termasuk aspek penambahan kakitangan di jabatan berkaitan.

Ia merangkumi langkah penstruktu­ran semula dengan menempatka­n kakitangan berlebihan di sesuatu bahagian untuk dipindahka­n ke jabatan lain mengikut kesesuaian dan permintaan semasa.

“Proses ini memerlukan masa, namun ia langkah yang berupaya mengoptimu­mkan sumber tenaga manusia dan perlu dilaksanak­an bermula dari sekarang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan membentang­kan bajet alternatif pada tahun ini kerana beranggapa­n terlalu awal untuk berbuat demikian memandangk­an usia pentadbira­n kerajaan diterajui Pakatan Harapan masih ‘setahun jagung’.

Sebaliknya, katanya, BN akan membentang­kan kerangka inisiatif ekonomi sama ada pada Rabu atau Khamis ini yang turut merangkumi cadangan pengukuhan dasar fiskal negara menerusi kutipan cukai baharu.

“Cukai baharu mesti lebih progresif. Justeru saya lebih cenderung kepada sistem yang memberi impak besar terhadap golongan berada, berpendapa­tan tinggi dan kekayaan besar, supaya kita dapat agihkan hasil kepada isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan M40,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia