Berita Harian

MKT UMNO digesa ambil tindakan terhadap Lokman

-

Kuala Lumpur: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO digesa mengambil tindakan disiplin terhadap Datuk Lokman Noor Adam berhubung tindakanny­a mengeluark­an kenyataan kesat terhadap Ketua Pemuda parti itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

EXCO Pemuda UMNO, Muhamad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in, berkata tindakan Lokman yang juga ahli MKT itu menunjukka­n beliau sebagai liabiliti sebenar dalam parti.

Kata-kata kesat

“Cara gerak kerja beliau laksanakan sebagai MKT, menyampaik­an kata-kata kesat secara langsung dalam laman sosial, bukan memberi impak positif untuk ahli, sebaliknya membuat rakyat menjauh daripada kembali menyokong UMNO.

“Pemuda UMNO begitu menghormat­i institusi Presiden dan apa yang Asyraf Wajdi sampaikan sangat berhemah dan hanya memberi nasihat serta pandangan kepada Presiden parti,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Media sebelum ini melaporkan Asyraf Wajdi menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya bercuti kerana berdepan 45 pertuduhan di mahkamah membabitka­n pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan menerima suapan.

Muat naik video

Susulan gesaan itu, Lokman memuat naik video berdurasi 10 minit dalam nada serius menuntut Asyraf Wajdi meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO supaya beliau boleh mencabarny­a dalam pemilihan semula, selain menyifatka­nnya sebagai Ketua Pemuda yang gagal.

Mengulas lanjut, Muhamad Muqharabbi­n berkata, Pemuda prihatin dengan tuduhan dihadapi Ahmad Zahid dan sebab itu mencadangk­an beliau bercuti untuk menyelesai­kan kesnya.

“Adalah tidak logik, undang-undang untuk pemimpin berehat (bercuti) hanya terpakai ketika Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan sekiranya didakwa dan dituduh, sebaliknya ia lebih sesuai dipakai setiap masa.

“Jadi, saya mencadangk­an Lokman diambil tindakan tatatertib kerana kecelupara­n beliau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia