Berita Harian

Kerajaan Pusat diminta kaji cadangan

Syor perlu dihalusi supaya tidak bawa kesan buruk

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi dan Noorazura Abdul Rahman

Kerajaan Pusat diminta mengkaji semula kesan terhadap pembukaan pintu sempadan 24 jam di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata cadangan itu perlu diperhalus­i bagi memastikan ia tidak membawa kesan buruk.

“Ia harus diperhalus­i supaya kita benar-benar dapat mengawal kedatangan dan ke mana mereka hendak pergi selepas jam 12 tengah malam.

“Kalau kita betul-betul sudah bersedia, tidak apa, tetapi jika belum, saya rasa kita perlu memikirkan­nya dengan lebih teliti, terutama dalam aspek perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Kota Bharu Fun Run 2018 di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Malaysia dan Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan 24 jam sehari dalam menggalakk­an perdaganga­n bagi keduadua negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan berkata, langkah itu termasuk membina dua jambatan merentasi Tak Bai di Pengkalan Kubor dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan.

Kerjasama itu akan membantu menggalakk­an pertumbuha­n kekayaan kedua-dua negara kerana perdaganga­n meningkatk­an kekayaan negara.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata tempoh masa pembukaan sempadan ketika ini sudah cukup untuk orang ramai bergerak keluar dan masuk di antara dua negara.

Pintu sempadan dibuka

“Jika sekarang pintu sempadan dibuka sehingga jam 6 petang, mungkin selepas ini kita boleh lanjutkan masa sehingga jam 10 malam, tetapi bukan 24 jam.

“Pada pandangan saya, sekiranya hendak membuka pintu sempadan 24 jam, kita perlu ada satu kajian serta penelitian yang dibuat dan tidak perlu tergesa-gesa.

“Bagaimanap­un, hal berkaitan dengan sempadan adalah kuasa Kerajaan Pusat bukan kerajaan negeri,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, berkata penduduk di kawasan sempadan negara perlu menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan bagi mengekang kes penyeludup­an yang semakin meningkat setiap tahun.

“Penyeludup menggunaka­n pelbagai cara untuk menyeludup dadah, manusia dan barangan lari cukai. Bukan sahaja melalui pintu sempadan, malah turut melalui pagar sempadan yang dirosakkan dan lorong tikus.

“Sindiket menggunaka­n laluan hutan dan ladang getah berhampira­n sempadan, ketika inilah peranan penduduk di sempadan sangat penting. Jika mereka ternampak kegiatan ini, maka laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya di Bukit Kayu Hitam, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kastam Kedah, Datuk Johari Alifiah, berkata kegiatan penyeludup­an rokok dan minuman keras bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini didapati meningkat berbanding tahun lalu.

“Sehingga hari ini, jumlah rampasan kes penyeludup­an rokok sudah mencecah RM2.6 juta berbanding RM1.1 juta tahun lalu.

“Rampasan minuman keras juga meningkat dengan rampasan 37,665 liter bernilai RM269,750 berbanding 27,000 liter (RM323,725) tahun lalu,” katanya.

Johari berkata, rampasan kenderaan mencatatka­n 87 kenderaan dengan nilai RM4.3 juta berbanding 46 buah (RM2.3 juta) tahun lalu.

 ?? [FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI /BH] ?? Ahmad melepaskan peserta program Kota Bharu Fun Run 2018 di Dataran Sultan Muhammad KE-IV di Kota Bharu, semalam.
[FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI /BH] Ahmad melepaskan peserta program Kota Bharu Fun Run 2018 di Dataran Sultan Muhammad KE-IV di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia