Berita Harian

Jawatankua­sa khas kumpul maklumat dalam sebulan

-

Kepala Batas: Jawatankua­sa khas yang dibentuk berhubung insiden runtuhan di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, dijangka dapat mengumpul segala maklumat dalam tempoh sebulan bagi mencari punca dan mengenal pasti pihak yang bertanggun­gjawab terhadap kejadian berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata beliau yang mempengeru­sikan jawatankua­sa itu kini sedang menyediaka­n rujukan dan mengumpul maklumat sebelum diserahkan kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) untuk memutuskan tindakan selanjutny­a.

“Buat masa ini, EXCO dengar macam-macam perkara hingga susah untuk menilai serta mengambil keputusan, maka jawatankua­sa ini dibentuk bagi memudahkan­nya.

“Dalam jawatankua­sa ini, kita akan melihat dari segi keterlaksa­naan dan kepatuhan kontraktor terhadap projek, sama ada mengikut prosedur operasi standard (SOP) atau tidak,” katanya.

Kaji dari segi teknikal

Beliau mengulas mengenai pembentuka­n jawatankua­sa khas menyiasat kejadian tanah runtuh yang mengorbank­an sembilan nyawa pekerja warga asing di Bukit Kukus, yang diumumkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Ahmad Zakiyuddin ditemui selepas merasmikan Liga Memanah Tradisiona­l Petal 3.0 Pulau Pinang di Surau Ar Rayyan, Bertam Perdana, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jawatankua­sa itu tidak mengkaji perkara dari segi teknikal, mahupun mengambil tindakan kepada pihak yang didapati bersalah.

Jawatankua­sa khas berkenaan turut dianggotai Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari; wakil Institut Kejurutera­an Malaysia negeri dan seorang jurutera dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Projek lebuh raya bernilai RM545 juta itu berfungsi sebagai laluan alternatif menghubung­kan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul dan dijangka siap pada Mac 2020, setahun lewat dari tempoh jangkaan awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia