Berita Harian

Roti canai, teh tarik penyumbang obesiti, diabetes

Orang ramai disaran amalkan gaya hidup, pemakanan lebih sihat

- Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Orang ramai dinasihat supaya mengelak makan di restoran 24 jam yang menjadi gaya hidup masa ini, berikutan makanan disediakan itu menyumbang kepada obesiti dan diabetes.

Pakar Bedah Am dan Upper GI Hospital KPJ Seremban, Dr A Vijaya Shankar, berkata contoh paling mudah dapat dilihat membabitka­n kegemaran orang ramai menikmati roti canai dan teh tarik.

Katanya, walaupun pelanggan mengetahui roti canai dan teh tarik mengandung­i kalori serta gula yang tinggi, mereka tidak peduli kerana makanan itu popular dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai sudah terbiasa melepak di restoran 24 jam dengan menikmati roti canai dan teh tarik tanpa mengira masa.

“Jika dilihat sudut kesihatan, ia tidak bagus kerana makanan itu menyebabka­n obesiti dan diabetes,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutup Sambutan Minggu Obesiti 2018 di Dewan Anugerah Hospital KPJ Seremban, semalam.

Program disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Seremban, Maisarah Omar.

Dr A Vijaya berkata, roti canai dan teh tarik menjadi pilihan ramai berikutan makanan itu memerlukan tempoh singkat disediakan, iaitu hanya dalam masa kira-kira lima minit.

Gaya hidup kurang sihat

“Kehidupan masa kini tidak sama seperti nenek moyang kita yang gemar menyediaka­n makanan sendiri.

“Mereka suka berjalan kaki ke mana sahaja, bertukang dan berkebun, menjadikan kesihatan mereka terjaga serta panjang umur,” katanya.

Beliau berkata, keadaan berbeza dengan amalan masa kini apabila orang ramai tidak lagi mempedulik­an kandungan makanan, malas bersenam serta berjalan kaki hingga mengidap pelbagai penyakit.

“Ada kalanya kita perlu hidup seperti orang dahulu yang menjaga pemakanan dan mengamalka­n kehidupan sihat.

“Paling mudah dilakukan adalah banyakkan berjalan dan naik tangga,” katanya.

Dr A Vijaya berkata, kajian menunjukka­n lebih ramai wanita menghidap obesiti berbanding lelaki, dengan 40 peratus dewasa menghidap penyakit itu.

“Kanak-kanak juga ramai menghidap obesiti disebabkan faktor genetik, selain terikut-ikut cara pemakanan ibu bapa.

“Carilah makanan berkhasiat dan elakkan makan di restoran 24 jam,” katanya.

Beliau berkata, obesiti, kolesterol, darah tinggi dan diabetes menghasilk­an metabolic sydrom yang boleh menyebabka­n strok dan serangan jantung, sekali gus membawa kepada kematian.

Sementara itu, Maisarah berkata, program diadakan itu bagi memastikan 617 kakitangan­nya menjaga kesihatan terutama obesiti.

“Bermula tahun lalu, pihak pengurusan menetapkan setiap kakitangan yang menjaga kesihatan akan menerima tambahan dua peratus penilaian prestasi kerja (KPI).

“Kami menekankan setiap kakitangan perlu menunjukka­n contoh baik kepada pesakit, iaitu sentiasa sihat,” katanya.

 ?? [FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN/BH] ?? Dr A Vijaya (kiri) dan Maisarah (tengah) pada Majlis Penutup Sambutan Minggu Obesiti 2018 di Dewan Anugerah Hospital KPJ Seremban, semalam.
[FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN/BH] Dr A Vijaya (kiri) dan Maisarah (tengah) pada Majlis Penutup Sambutan Minggu Obesiti 2018 di Dewan Anugerah Hospital KPJ Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia