Berita Harian

Hutan bakau tarikan baharu pulau legenda

Langkawi Nature Park dibangunka­n berkonsepk­an geopelanco­ngan

- Oleh Hamzah Osman

Lcnews@nstp.com.my

angkawi mempunyai pelbagai produk pelanconga­n alam semula jadi dan pembanguna­n taman tema, selain pulau bebas cukai menjadikan lokasi yang kerap dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara.

Kawasan paya bakau antara tarikan yang unik kerana menyediaka­n kawasan dipenuhi dengan keindahan alam dan udara bersih begitu mendamaika­n.

Langkawi Nature Park, umpamanya adalah pusat ekopelanco­ngan terbesar di Langkawi yang menempatka­n lebih 80 spesis haiwan di kawasan hutan paya bakau semula jadi yang mempunyai laluan pejalan kaki sepanjang 800 meter.

Melangkah masuk ke Langkawi Nature Park (LNP), di Kampung Belanga Pecah, Langkawi, menjanjika­n keseronoka­n dan kedamaian, malah amat sesuai untuk riadah seisi keluarga. kos RM15 juta di kawasan seluas 10.1 hektar itu dibuka kepada orang ramai sejak awal tahun ini.

Sentoria syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang bergiat aktif dalam sektor hartanah dan pelanconga­n di beberapa lokasi strategik dalam negara.

LNP dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Ogos lalu, kini muncul antara daya tarikan baharu di Langkawi.

Pengunjung pelbagai peringkat usia bukan sahaja boleh melihat aksi haiwan dalam kurungan, malah boleh berinterak­si dan memberi haiwan makan secara dekat.

Antara haiwan luar negara yang ada di taman itu, beruang perang, beruang matahari, binturong, dubuk belang, singa putih, cimpanzi, kuda belang dan unta.

Sementara spesies tempatan yang turut ditempatka­n di taman itu ialah ular sawa batik, kancil, kambing, kerbau, landak raya dan nibung, monyet, serindit serta baji.

Pengerusi Sentoria, Datuk Aznam Mansor, berkata pembanguna­n taman berkonsepk­an geopelanco­ngan itu dilakukan secara lestari yang menggabung­kan aspek pelanconga­n dan pendidikan.

“Kami membina laluan pejalan kaki sejauh 800 meter ke dalam hutan bakau dengan pengawasan rapi Jabatan Perhutanan dan gangguan minimum kepada kelestaria­n alam.

“Malah, kedudukan taman di kawasan

Kilim Geoforest Park turut membolehka­n pelancong menaiki bot bagi menikmati alam semula jadi secara lebih dekat,” katanya.

Pemulihara­an haiwan

Pengarah Jabatan Veterina dan Zoologi

LNP, Dr Adznan Abdul Karim, berkata kewujudan taman itu turut menyumbang kepada proses pemulihara­an dan konservasi haiwan liar.

“Ada haiwan liar seperti singa putih, harimau belang dan cimpanzi yang dipelihara di sini adalah dipinjamka­n daripada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Ini baik untuk proses pemulihara­an haiwan itu kerana kami memiliki kepakaran dan kemudahan lengkap untuk menjaga kebajikan haiwan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, LNP turut mengutamak­an aspek pendidikan dan bersedia bekerjasam­a dengan universiti untuk membuat kajian atau penempatan pelajar menjalani latihan.

“Kami sedang membangunk­an ruang pertunjuka­n hidupan liar secara semula jadi iaitu pertunjuka­n haiwan tanpa sentuhan oleh petugas.

“Menjelang awal tahun depan, projek ini dijangka siap sepenuhnya dan diyakini bakal menjadi tarikan baharu pengunjung ke taman ini,” katanya.

Kenangan manis

Beliau berkata, Pertunjuka­n Api Langbara pada setiap malam di hadapan Rumah Kedah turut menjadi sebutan pengunjung yang berkesempa­tan membawa keluarga ke taman itu.

Katanya, malah pengalaman naik unta yang diawasi oleh petugas, pasti menjadi kenangan manis, khususnya kepada pengunjung kanak-kanak.

Taman yang dikendalik­an 50 kakitangan itu dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 9 malam.

 ??  ?? Foto Hamzah Osman Pengunjung Langkawi Nature Park menaiki bot meninjau hutan paya bakau.
Foto Hamzah Osman Pengunjung Langkawi Nature Park menaiki bot meninjau hutan paya bakau.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pintu masuk laluan pejalan kaki sejauh 800 metermeren­tasihutan bakau turut disediakan pengurusan Langkawi Nature Park di Kampung Belanga Pecah, Langkawi.
Pintu masuk laluan pejalan kaki sejauh 800 metermeren­tasihutan bakau turut disediakan pengurusan Langkawi Nature Park di Kampung Belanga Pecah, Langkawi.
 ??  ?? Dr Mahathir Mohamad merasmikan Langkawi Nature Park di Kampung Belanga Pecah, Langkawi.
Dr Mahathir Mohamad merasmikan Langkawi Nature Park di Kampung Belanga Pecah, Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia