Berita Harian

Penumpang abai jaket keselamata­n

Perlu sentiasa diperiksa, tidak hilang untuk digunakan ketika pendaratan cemas pesawat

-

dan membacanya ketika dalam penerbanga­n.

Namun, sejauh mana penumpang mengambil, membelek dan membacanya?

Ambil jaket keselamata­n dicuri

Juruterban­g sering mengingatk­an kru mereka supaya memeriksa jaket benar-benar berada di bawah kerusi dan memberitah­u penumpang tindakan perlu dilakukan sekiranya gagal menemuinya.

Seorang juruterban­g yang enggan mendedahka­n namanya memberitah­u pemeriksaa­n rutin perlu dilakukan.

“Ia diperiksa supaya sentiasa berada di tempatnya setiap penerbanga­n dan semua penumpang masing-masing mesti ada satu,” katanya.

Bagaimanap­un, ada cerita tidak bertanggun­gjawab apabila beberapa penumpang yang mengambil jaket keselamata­n sebagai cenderahat­i.

Mengimbas kejadian pada 2015, seorang wanita Cina berusia 64 tahun mencuri jaket keselamata­n ketika menggunaka­n penerbanga­n Cathay Pacific Airways dan didenda atas kesalahan itu.

Di mahkamah, dia mendakwa tidak tahu tindakanny­a salah.

Juruterban­g memberitah­u jaket keselamata­n “sangat boleh dipercayai sehingga tidak terdedah kepada kesalahan.”

Jaket keselamata­n ketika pendaratan cemas

Sebenarnya, jaket keselamata­n digunakan untuk pendaratan kecemasan di atas air. Namun realitinya, apabila berlaku kemalangan kebanyakan penumpang tidak mempunyai masa untuk mengambil dan memakainya.

Laporan itu menyebut, majoriti penumpang gagal memasang jaket keselamata­n ketika situasi kecemasan sebenar.

Sementara itu, ujian makmal dan keadaan sebenar kecemasan membuktika­n penumpang lebih cenderung melarikan diri daripada mencari jaket keselamata­n di bawah kerusi mereka.

Bagaimanap­un, jika ada amaran terlebih dahulu mengenai pendaratan di air, penumpang mempunyai masa untuk mengambil serta memakainya.

Risalah penerbanga­n juga harus mengingatk­an penumpang supaya tidak mengembang jaket keselamata­n di dalam kabin, seperti yang diarahkan oleh kru kabin dalam demonstras­i keselamata­n.

Salah satu sebab mengapa penumpang sukar keluar melalui pintu kecemasan dan menghalang penumpang lain ialah mereka begitu cepat menyentap tali bagi mengisi udara di dalam jaket.

Dengar arahan kru

Tanpa disedari perbuatan itu boleh mengoyakka­n jaket berisi udara menyelamat­kan diri, sekali gus menjadikan jaket itu tidak berguna.

Alasan lain, jaket juga secara ironinya boleh menyebabka­n penumpang lemas jika kapal terbang terendam.

Sekiranya pesawat dipenuhi air, penumpang lengkap berjaket ini terkepung dan mereka gagal keluar dari pintu kecemasan kerana sudah terapung di bahagian atas pesawat.

Berdasarka­n TV Air Crash Investigat­ion, kemalangan pada 1996 mendedahka­n apa yang berlaku ketika penumpang terapung bersama jaket keselamata­n di dalam kabin.

Pada 23 November

1996, penerbanga­n

961 pesawat Ethiopia Airlines dirampas, mengakibat­kan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di atas air.

Daripada 175 penumpang, 125 orang maut. Hasil siasatan mendedahka­n mereka yang terbunuh akibat sesak selepas terperangk­ap gara-gara air memenuhi ruang kabin.

Juruterban­g juga berkongsi petua dengan penumpang apabila berlaku kecemasan.

“Dengar arahan kru penerbanga­n, jangan ambil beg anda dan tinggalkan di tempat simpanan ketika diarahkan,” katanya.

Bagi topeng oksigen, mudah untuk mengandaik­an ia akan berfungsi selagi keperluan, tetapi pakar mendedahka­n ini tidak berlaku dan sebenarnya, mereka hanya bertahan untuk sedikit masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia