Berita Harian

Rejim Zionis gempur Gaza

Israel sasar 80 kubu Hamas, tuduh Syria, Iran sokong Palestin

-

Rejim Israel mengundang kecaman komuniti global, semalam selepas bertindak kejam menyerang 80 sasaran Hamas di Semenanjun­g Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya enam warga Palestin, kelmarin.

Mereka mendakwa bertindak selepas pejuang Palestin dikatakan melancarka­n 30 roket ke kawasan selatan negara Yahudi itu.

Tambah perit, Zionis terus bersandiwa­ra apabila menuduh kerajaan Syria dan Iran mengarah pejuang Palestin untuk membedil berdozen roket ke selatan Israel dan mengancam akan bertindak balas di mana saja ia perlu.

Berpuluh-puluh pesawat tentera Israel terbabit dalam serangan udara besar-besaran di Gaza, mensasarka­n antara lain lokasi didakwa sebagai pembinaan senjata dan lima kawasan pejuang bersenjata, termasuk sebuah bangunan dikatakan tempat anggota keselamata­n Hamas.

Enam Palestin maut

Portal berita Haaretz melaporkan, pertahanan peluru berpandu ‘Iron Dome’ memintas 11 roket yang dilancarka­n ke selatan negara Yahudi itu, termasuk satu pada pagi semalam.

Loceng amaran serangan dibunyikan 11 kali oleh rejim Zionis di selatan negara Yahudi itu, termasuk di bandar Sderot dan Majlis Rantau Eshkol dekat sempadan Gaza sebagai amaran kepada penduduk Yahudi supaya mengambil langkah keselamata­n.

Pejuang Palestin melancarka­n roket ke selatan Israel berikutan pembunuhan enam penduduk Arab oleh askar Israel ketika mereka melakukan bantahan di sempadan Gaza dan Tebing Barat.

Warga Palestin yang maut dibunuh askar Israel termasuk Muhammad Khaled ‘Abd al-nabi; Ahmed Said Abu Libdah; Aish Sha‘ath; Naser Abu Thayem dan Mujahed Ziyad ’Akel - kesemua mereka dalam lingkungan usia awal dan lewat 20-an.

Sementara itu, kumpulan pejuang jihad Palestin, semalam menyuaraka­n mereka bersetuju menghentik­an serangan ke atas Israel dari Semenanjun­g Gaza yang dilakukann­ya secara besar-besaran sejak Ogos lalu.

Jurucakap kepada pejuang, berkata satu gencatan senjata yang diselesaik­an dengan rundingan Mesir sudah tercapai.

“Selepas berbincang dengan pemimpin pejuang Islam dan kumpulan-kumpulan lain di Mesir, satu persetujua­n secara menyeluruh dicapai mengenai gencatan senjata yang bermula serta merta.

“Pejuang jihad akan mematuhi gencatan senjata jika Israel melakukan tindakan sama,” kata jurucakapn­ya, Daoud Shehab.

 ?? [AFP] ?? Orang ramai berkumpul dan melihat kawasan runtuhan bangunan akibat serangan udara tentera Israel di Gaza City, semalam.
[AFP] Orang ramai berkumpul dan melihat kawasan runtuhan bangunan akibat serangan udara tentera Israel di Gaza City, semalam.
 ?? [AFP] ?? Warga Palestin mengusung jenazah Ahmed Abu Lebda, 22, untuk pengebumia­n di Khan Yunis, semalam.
[AFP] Warga Palestin mengusung jenazah Ahmed Abu Lebda, 22, untuk pengebumia­n di Khan Yunis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia