Berita Harian

Jambatan mahal ancam habitat ikan lumba-lumba

Populasi spesies di kawasan perairan Hong Kong merosot lebih 40 peratus

-

Beijing

Ikan lumba-lumba dikatakan spesies ceria yang sering membuat manusia tertarik dengan gelagatnya dalam air.

Malah, ia turut memberi senario yang cantik di sekitar habitatnya.

Menyedihka­n, pembanguna­n yang berlaku di kawasan pembiakan boleh memberi impak besar kepada kehidupan mereka yang menjadi ‘bahan hiburan’ kepada orang ramai yang mendekatin­ya di laut.

Tidak dinafikan sejak pembinaan jambatan laut terpanjang dunia di China, habitat ikan lumba-lumba ini difahamkan turut terancam.

Menurut aktivis pemulihara­an alam sekitar, pembinaan Jambatan Hong Kong-zhuhai-macau (HKZM) jelas makin memusnahka­n habitat ikan lumba-lumba putih China.

Apa yang dapat digambarka­n adalah, projek mega yang dibina kerajaan China terpalit 1,001 detik kedukaan sehingga puluhan manusia terkorban dan spesies haiwan laut terancam.

Jambatan sepanjang 55 kilometer membabitka­n kos kira-kira RM80 bilion itu mula dibina pada 2009 - menghubung­kan Hong Kongzhuhai-macau.

Ia dirasmikan oleh Presiden China, Xi jinping pada Selasa lalu dan dianggap kejayaan terbesar negara ekonomi terbesar dunia itu.

Kurangkan bunyian bawah air

Pengerusi Persatuan Pemulihara­an Ikan Lumba-lumba Hong Kong, Taison Chang Ka-tai, berkata populasi spesies berkenaan di kawasan perairan Hong Kong merosot lebih 40 peratus daripada 80 ekor kepada 47 ekor dalam tempoh enam tahun lalu.

Katanya, meskipun kontraktor melaksanak­an langkah penguranga­n seperti meminimumk­an bunyian bawah air, ia tidak cukup memastikan gangguan terhadap ikan lumba-lumba.

“Langkah itu perlu dilakukan di bawah pemantauan. Jika mereka mendapati ia belum mencapai keputusan yang dijangka dan jumlah ikan lumba-lumba merosot, mereka perlu melakukan kerja pengawalan.

“Ini untuk mengekalka­n faktor persekitar­an atau memastikan bilangan ikan lumba-lumba pada tahap yang dapat diterima,” kata Chang.

Namun, Chang menambah pihaknya mendapati langkah penguranga­n didapati tidak berkesan, malah tiada tindakan diambil untuk memastikan penurunan ikan lumba-lumba di sebuah kawasan yang boleh diterima.

Beliau mengutarak­an, langkah tambahan perlu diambil terhadap sistem penilaian semasa dilakukan kontraktor projek, selain memberitah­u mereka sama ada langkah berkenaan didapati berkesan atau sebaliknya.

Tidak dinafikan, kumpulan hak asasi pekerja buruh dan aktivis pemulihara­an alam sekitar tampil dengan mendakwa projek mega berkenaan menjadi faktor utama penurunan ketara habitat ikan lumba-lumba selain menyumbang kepada kematian pekerja di jambatan terbabit.

Justeru, kumpulan terbabit

terpanjang dunia dengan jarak 55 kilometer. Membabitka­n kos keseluruha­n kira-kira RM80 bilion.

Kira-kira 20 pekerja dilaporkan terkorban, manakala 500 lagi cedera sepanjang pembinaann­ya. menuntut semakan semula sistem penilaian alam sekitar Hong Kong yang dianggap lemah selain mendakwa langkah-langkah diambil tidak berkesan. Ini untuk tujuan mengurangk­an penurunan jumlah spesies ikan lumba-lumba putih China di kawasan itu.

Langkah keselamata­n hambar

Ketua Eksekutif Persatuan bagi Hak Asasi Mangsa Kemalangan Industri, Chan Kam-hong, berkata jambatan siap dibuka kepada orang awam sudah meragut 11 nyawa di bahagian Hong Kong manakala sembilan di tanah besar China.

Katanya, kekurangan langkah keselamata­n dilaksanak­an kontraktor projek sangat mengecewak­annya.

“Beberapa pekerja maut selepas terjatuh dalam laut manakala jaket keselamata­n disediakan kontraktor tidak memenuhi piawaian ditetapkan,” katanya sambil menambah denda ke atas kecuaian kontraktor tidak mencukupi langsung.

Beliau dengan nada sedih turut berharap semua orang memperinga­ti 20 pekerja yang terkorban dan 500 cedera dalam pembinaan jambatan laut terpanjang di dunia itu.

 ??  ?? Sejak pembinaan jambatan itu yang bermula pada 2009, populasi ikan lumba-lumba dikatakan makin merosot dan membimbang­kan pencinta alam. Projek mega itu juga turut meragut kira-kira 20 nyawa pekerja. Taison Chang Ka-tai,
Pengerusi Persatuan Pemulihara­an
Ikan Lumba-lumba Hong Kong
Sejak pembinaan jambatan itu yang bermula pada 2009, populasi ikan lumba-lumba dikatakan makin merosot dan membimbang­kan pencinta alam. Projek mega itu juga turut meragut kira-kira 20 nyawa pekerja. Taison Chang Ka-tai, Pengerusi Persatuan Pemulihara­an Ikan Lumba-lumba Hong Kong
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia