Berita Harian

Mi mamak Pulau Pinang di The Straits Estate

-

Lazimnya kita sukar mencari mi goreng mamak Pulau Pinang yang sedap terutama apabila berkunjung ke hotel bertaraf empat atau lima bintang.

Kebanyakan rasa mi goreng di hotel mahupun kafe terkemuka, rataratany­a ke ‘laut dalam’. Sudahlah harganya mahal, tidak sedap pula. Memang sakit hati dibuatnya apabila terpaksa berdepan situasi begini.

Selepas puas mencari, akhirnya penulis berkesempa­tan menikmati mi mamak Pulau Pinang disediakan oleh Cef sous, Md Izan Izazul Md Najib, 41, di Hotel VE & Residen, Bangsar South City, Kuala Lumpur.

Sebaik saja mi goreng berkenaan terkena deria rasa, lidah, terus terbayang adakah penulis menikmati mi goreng mamak di Pulau Pinang kerana rasanya padu.

Pes disediakan awal

Menyingkap rahsia resipi mi goreng mamak Pulau Pinang, Md Izan menjelaska­n pes menyediaka­n mi goreng berkenaan sudah disediakan awal oleh barisan tukang masaknya.

Rasanya tidak akan lari walaupun mendapat sentuhan daripada petugas lain.

Ia menggunaka­n resipi rahsia tersendiri dan paling penting, sedap dan memenuhi selera. Selain itu, anda juga harus cuba sizzling mix grill menampilka­n rasa daging yang sangat enak.

Menurut Md Izan, premis makanannya hanya menggunaka­n daging berkualiti diimport dari Australia sahaja.

Lebih istimewa, sebelum menyediaka­n hidangan berkenaan, bekas sizzling yang digunakan akan dibakar terlebih dahulu untuk mendapatka­n suhu cukup panas.

“Sos pula diperbuat daripada air rebusan tulang daging, seterusnya air rebusan itu dicampur sedikit herba dan bawang kecil bagi memekatkan lagi sos berkenaan. Kebanyakan tetamu amat menggemari hidangan ini terutama pelancong dari Eropah dan Asia Barat,” katanya.

Menu tomyam seafood pasta pula adalah resipi kombinasi dari

Asia dan Eropah.

Sup tomyam diperbuat daripada ramuan dari Thailand, manakala pes berkenaan dicampur krim dan digaul bersama pasta, sekali gus menampilka­n aroma membuka selera.

 ??  ?? Selain mi goreng mamak, Cef Izan turut mempamerka­n menu istimewa lain yang terdapat di The Straits Estate.
Selain mi goreng mamak, Cef Izan turut mempamerka­n menu istimewa lain yang terdapat di The Straits Estate.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia