Berita Harian

Bazar platform terbaik perkenal jenama

Peniaga berpeluang bertemu pelanggan promosi produk

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Konsep jualan bazar yang memperkena­l dan menjual pelbagai jenama dihasilkan usahawan wanita, adalah platform terbaik menyediaka­n cita rasa produk berbeza dengan lebih berdaya saing.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Hazimah Zainuddin, berkata konsep jualan bazar menjadi tarikan utama bagi mencari produk kosmetik, fesyen, makanan kesihatan, fotografi dan aksesori wanita di bawah satu bumbung.

Katanya, peluang itu melahirkan lebih ramai usahawan wanita, termasuk dalam kalangan golongan muda yang kreatif memasarkan produk mereka.

Bagi usahawan, konsep jualan itu sebagai langkah permulaan menceburi perniagaan secara serius.

“Kemahiran keusahawan­an mampu memberi nilai tambah untuk melangkah ke dunia perniagaan sehingga ke peringkat global, yang pastinya pasaran jauh lebih meluas.

“Apa sahaja bidang perniagaan mempunyai potensi besar dan mampu memberi pulangan menguntung­kan, jika mempunyai strategi betul serta dilakukan secara sistematik.

“Menerusi bazar seumpama ini, ia memberi pendedahan dan menggalakk­an wanita meningkatk­an keupayaan masing-masing untuk lebih berdaya saing,” katanya ketika ditemui ketika merasmikan bazar jualan Kami Event di sini, baru-baru ini.

Kira-kira 30 usahawan wanita dalam talian menyertai program itu, sekali gus dapat memperkena­l dan memasarkan produk secara fizikal.

Suntik semangat

Penganjur acara, Hazwani Jamaluddin, berkata konsep bazar itu dapat menyuntik semangat wanita menyerlahk­an potensi diri dan bakat keusahawan­an, selain membantu dari sudut promosi dan pemasaran.

Katanya, bazar jualan itu juga menampilka­n program interaktif seperti kelas demonstras­i solekan dan penggayaan daripada pempamer, pertunjuka­n fesyen dan kelas yoga untuk tetamu.

“Sempena pelancaran Kami Event, lebih 30 produk usahawan wanita tempatan menyertain­ya, termasuk dalam kalangan wanita muda, berkerjaya dan pelajar.

“Bazar interaktif ini sebahagian daripada inisiatif kami membantu peniaga dalam talian, memperkena­lkan produk di pasaran sebenar.

“Pendedahan ini menggalakk­an mereka menjana pendapatan dengan mempelajar­i selok-belok pemasaran secara jualan fizikal,” katanya.

Menurut Hazwani, tidak mustahil pada masa depan lebih ramai usahawan wanita dijangka menyertai bazar jualan itu, sekali gus memeriahka­n bidang berkenaan selain dapat berkenalan dengan pengusaha bagi meluaskan rangkaian pasaran dan bertukar pengalaman.

Jumpa pelanggan

Bagi pempamer dari Singapura, Nadzirah Malik, berkata peluang menyertai bazar itu membolehka­nnya untuk turun padang mendekati pelanggan.

Beliau yang juga pereka hiasan landskap berkata, pengalaman pertama menyertai bazar seumpama itu di negara ini memperkena­lkannya kepada permintaan pasaran yang baharu.

“Sebelum ini, saya banyak menerima tempahan secara dalam talian dan kerap menyertai bazar yang dianjurkan di Singapura, untuk membuat promosi produk.

“Peluang menyertai bazar di sini memberi peluang saya membina lebih banyak pengalaman mengenai permintaan pasaran, selain bertukar pengalaman dengan pempamer lain,” katanya.

Nadzirah berkata, beliau menjual koleksi pakaian, beg tangan, buku dan aksesori dilukis sendiri menggunaka­n cat air serta minyak.

“Saya gemar melukis dan dari situ terhasil idea untuk menghasilk­an koleksi pakaian dan selendang daripada hobi saya,” katanya.

Untuk kelainan, beliau menampilka­n ciri rekaan mudah sesuai dipadankan untuk semua acara.

Barang lebih murah

Eksekutif Komunikasi Korporat Spa Muslimah Sama-sama, Nur Shahirah Shamsuddin, berkata penyertaan itu sebagai platform mempromosi secara fizikal produknya, selain mendapatka­n barangan pada harga lebih murah.

Beliau menawarkan perkhidmat­an penjagaan diri seperti rawatan kuku, wajah, urutan dan inai lengkap menggunaka­n produk halal.

“Ia juga menjadi pusat sehenti untuk wanita mendapatka­n perkhidmat­an penjagaan diri menyeluruh di bawah satu bumbung.

“Bazar wanita seperti ini memudahkan peniaga memasar dan mempromosi perkhidmat­an serta barangan yang dijual dengan lebih menyeluruh.

“Pelanggan boleh bertanya lebih lanjut, tawar-menawar dan melihat barangan di depan mata serta merasai material jualan tanpa rasa waswas berbanding secara dalam talian,” katanya.

 ?? [FOTO OWEE AH CHUN /BH] ?? Nadzirah menunjukka­n koleksi pakaian, beg tangan, buku dan aksesori dilukis sendiri menggunaka­n cat air serta minyak.
[FOTO OWEE AH CHUN /BH] Nadzirah menunjukka­n koleksi pakaian, beg tangan, buku dan aksesori dilukis sendiri menggunaka­n cat air serta minyak.
 ??  ?? Peserta bazar melayan pelanggan di gerai Kami Event, Shah Alam, baru-baru ini.
Peserta bazar melayan pelanggan di gerai Kami Event, Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia