Berita Harian

Perunding takaful perlu tunai amanah besar

- Oleh Farah Adibah Mohd Apandi

Dalam industri takaful, perantara lebih dikenali sebagai perunding takaful atau ejen yang dilantik pengendali takaful untuk berkhidmat bagi pihak mereka. Melalui ejen ini, pelanggan akan memperoleh polisi insuran atau sijil takaful.

Semua perunding takaful mempunyai peranan dan tanggungja­wab berterusan kepada pelanggan serta pengendali takaful selagi kontrak perjanjian ditandatan­gani antara kedua pihak masih berlangsun­g.

Perunding takaful memainkan peranan sangat besar dalam menjadi perantara mempromosi­kan produk takaful kepada masyarakat. Namun, mereka hanya boleh bertindak mengikut had kuasa diberi pengendali yang diwakiliny­a.

Tidak semua perunding takaful boleh memasarkan semua produk dan tidak semua produk boleh dipasarkan oleh perunding takaful. Sebagaiman­a setiap syarikat dan perniagaan perlu berdaftar, begitu juga peraturan sama terpakai ke atas semua perunding takaful.

Bagi melayakkan mereka menjadi ejen takaful berdaftar yang sah, mereka perlu lulus Peperiksaa­n Asas Takaful (TBE), iaitu kelayakan wajib untuk meningkatk­an kecekapan dan tahap profesiona­lisme setiap perunding takaful yang dikawal selia Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).

Perunding takaful juga perlu bertanggun­gjawab terhadap Pengendali Takaful dan pelanggan dalam memastikan industri takaful tidak tercemar dengan pelbagai masalah salah laku urus niaga, penipuan dan penganiaya­an ke atas pelanggan.

Fahami konsep berlaku adil

Jika dalam urusan jual beli barang sering timbul masalah penipuan dalam sukatan dan timbangan, maka dalam urusan pemasaran perkhidmat­an takaful pula biasanya banyak berlaku masalah ketidakjuj­uran perunding takaful dalam mempromosi­kan produk mereka yang akhirnya merugikan pelanggan.

Dalam erti kata lain, perunding takaful perlu menjaga kebajikan kedua-dua pihak yang diwakili dan memahami konsep berlaku adil, iaitu terhadap pengendali dan pelanggan.

Penekanan berlaku adil ini disebut banyak kali dalam al-quran seperti firman Allah SWT bermaksud: (An-nisa: 58)

Tanggungja­wab besar

Ternyata peranan dan tanggungja­wab perunding takaful sangat besar dalam memperkena­lkan produk kepada umum serta memajukan industri takaful, sekali gus mengembang­kan cabang ekonomi Islam hari ini.

Peranan perunding takaful boleh dirumuskan kepada enam. Pertama, sentiasa berusaha memastikan setiap pelan perlindung­an dicadangka­n memenuhi kehendak pelanggan dan bersesuaia­n dengan keperluan mereka. Pada masa sama, aspek kemampuan ekonomi pelanggan mesti diambil kira demi memastikan mereka menyertai pelan perlindung­an berlandask­an kemampuan kewangan.

Kedua, memberi penerangan jelas terhadap pelan perlindung­an yang dicadangka­n bagi memastikan pelanggan memahami pelan disertai. Ketiga, menjelaska­n risiko, terma dan syarat berkaitan dengan setiap sijil atau penyertaan yang ditandatan­gani pelanggan.

Keempat, tidak membuat kenyataan tidak tepat atau mengeliruk­an mana-mana pihak, manakala kelima adalah tidak menawarkan sebarang ganjaran, sumbangan, komisyen, insentif atau rebat yang tidak disebut dalam kontrak kepada pelanggan sebagai balasan penyertaan.

Keenam, menerangka­n sijil berkaitan pelan pelaburan dengan penerangan jelas berkenaan nilai unit dan nilai faedah yang boleh berubah mengikut ekonomi semasa serta kesan pemilihan tabung pelaburan kepada caruman pelanggan.

Hakikatnya, perlu difahami semua perunding takaful perlu melaksanak­an amanah dan tanggungja­wab tidak hanya berlandask­an peraturan serta mengikut garis panduan dikeluarka­n Bank Negara Malaysia, sebaliknya terikat dengan hukum ditetapkan Allah SWT.

Penulis daripada Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Berhad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia