Berita Harian

Projek bina kilang kluster PROTON diteruskan

-

Tanjung Malim: Projek pembanguna­n khususnya pembinaan kilang kluster Proton Holdings Bhd (PROTON) dan Institut Latihan Teknikal dan Vokasional yang dirancang oleh kerajaan sebelum ini, akan diteruskan kerana mampu menjana ekonomi penduduk setempat.

Pembinaan kilang kluster PROTON bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya untuk golongan muda bagi mengurangk­an penghijrah­an ke bandar dan Institut Latihan Teknikal dan Vokasional pula bertindak menampung keperluan tenaga kerja khususnya untuk kilang syarikat kereta berkenaan.

Tambah baik pelaksanaa­n

Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang, berkata pihaknya akan membuat penambahba­ikan dalam pelbagai aspek pelaksanaa­n bagi memastikan kedua-dua projek itu benar-benar memberi manfaat kepada penduduk di daerah itu.

“Perpindaha­n kilang PROTON sepenuhnya dari Shah Alam, Selangor ke sini dijangka mengambil masa lima tahun dan sekarang pembinaan kilang sedang giatkan dijalankan dan berharap dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain industri automotif, dua lagi bidang yang dikenalpas­ti sebagai sumber tarikan di kawasan ini ialah ekopelanco­ngan dan pertanian, yang juga menjadi bidang tumpuan untuk membangunk­an daerah ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lih Kang berkata, bagi merancakka­n lagi pembanguna­n di daerah itu, pihaknya sedang berusaha mengenal pasti pelabur baharu terutama dari luar negara untuk melabur di dalam bidang yang dikenal pasti dapat meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi.

Justeru, beliau berharap penduduk di Parlimen itu terus memberi sokongan kepadanya untuk membangunk­an daerah berkenaan dan bersedia menerima cadangan penambahba­ikan oleh mana-mana pihak asalkan untuk manfaat rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia