Berita Harian

Peniaga laksa kebok buat kenduri dibenar operasi semula

-

Baling: Lebih 2,000 tetamu menghadiri kenduri kesyukuran pemilik gerai laksa kebok di Kampung Landak, Kupang, di sini, selepas pemiliknya dibenarkan meneruskan perniagaan itu.

Daud Ismail, 52, berkata, beliau bersyukur apabila wakil Pejabat Kesihatan Daerah Baling, kelmarin, membuang pita larangan berniaga selepas perniagaan itu terpaksa ditutup selama 20 hari akibat isu keracunan.

Ramai tetamu jamu selera

“Syukur, ramai tetamu datang menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang disediakan. Mereka tidak takut menjamu selera, malah kakitangan Jabatan Kesihatan turut makan bersama.

“Antara hidangan istimewa adalah gulai kawah ayam, gulai batang pisang, laksa kebok dan laksa udang tertunggin­g,” katanya.

NSTP sebelum ini melaporkan Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n 83 kes keracunan makanan, dengan dua kematian, disyaki berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling.

Sementara itu, tetamu, Saadah Mahmud, 63, dari Sik berkata, beliau adalah pelanggan tetap laksa kebok sejak sekian lama.

Tak takut beli laksa

“Saya sekeluarga terus membeli laksa kebok dan tidak takut kerana yakin dengan perniagaan­nya.

“Rasa laksa kebok memang sedap kerana ia dihasilkan secara tradisiona­l oleh keluarga itu sejak sekian lama,” katanya.

 ??  ?? Daud Ismail
Daud Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia