Berita Harian

Bimbang dilupakan peminat

Single Paku diharap mampu serlahkan kemampuan Ara dalam seni

-

“Ia bukanlah kisah cinta saya, sebaliknya cerita orang ramai. Kita tahu, ramai yang mendambaka­n cinta sehingga ke syurga. Justeru, saya selitkan juga unsur ketuhanan, bersesuaia­n dengan lagu ini.

“Diharapkan, lirik nukilan saya ini boleh diterima dengan baik oleh peminat,” katanya sambil menyatakan, andai lagu terbabit mendapat maklum balas positif, dia turut memasang niat untuk menulis lirik single keempatnya.

Setahun tanpa single baharu

Namun, Ara tidak menafikan dirinya gementar menantikan maklum balas orang ramai terhadap

“Saya agak risau apabila memikirkan jarak masa di antara lagu saya yang terdahulu dengan Paku. Kirakira setahun juga jarak antara keduaduany­a. Lagu Bunga sendiri sudah agak kurang diputarkan di radio, jadi saya bimbang orang akan lupa pada saya.

“Atas alasan itu, saya cuba untuk tampil lebih segar dan berbeza menerusi terbaru ini. Paku adalah lagu pop rock dan nyata berbeza daripada dua single terdahulu.

“Cukuplah dulu saya nyanyikan dua lagu balada bernada tinggi. Bagi lagu ketiga ini, saya mahukan irama yang rancak. Tambahan pula, sekarang lagu rancak sedang hangat di pasaran,” katanya.

Kata Ara juga, jiwanya lebih dekat dengan irama rock, memandangk­an suaranya kini lebih serak berbanding dulu.

Suara berubah selepas AJL32

Cerita Ara yang juga calon Artis Baharu Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi Ke31, suaranya dirasakan mula berubah selepas persembaha­n pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke32, awal tahun ini.

“Selepas AJL32, suara saya berubah secara total. Vokal saya menjadi lebih serak dan kasar berikutan sakit tekak yang saya alami. Ia pula kekal sehingga sekarang dan peminat boleh dengar perbezaann­ya dalam single Paku ini.

“Namun, secara peribadi, saya lebih suka suara sebegini kerana saya berjiwa rock dan vokal saya juga kedengaran lebih matang,” kata bakat kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini.

Teringin rakam lagu duet

Selepas tiga lagu solo dikeluarka­n setakat ini, Ara memberitah­u, dia teringin untuk muncul bersama single duet pula.

Tegasnya, jika ada penyanyi yang berminat untuk merakam lagu dengannya, dia pasti takkan menolak.

“Jujurnya, saya mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengeluark­an lagu duet. Jika ada peluang dihulurkan, memang saya terus ambil.

“Mungkin untuk single duet yang pertama, saya lebih cenderung untuk berbuat demikian bersama penyanyi perempuan. Selepas itu, mungkin giliran penyanyi lelaki pula, seperti Faizal Tahir,” katanya.

 ??  ?? Paku. single
Paku. single
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia