Berita Harian

Ingin tebus kesilapan

-

Dicuit dengan pertanyaan apakah dirinya tidak mahu mencuba bidang lakonan, Ara agak keberatan untuk menceburka­n diri ke arena terbabit kerana menganggap dirinya ‘kayu’ di hadapan kamera.

“Memang ada beberapa tawaran yang diberikan kepada saya, tetapi buat masa ini saya mahu fokus pada nyanyian dulu.

“Rasanya, saya memang kaku kalau disuruh berlakon. Lakonan juga bukanlah ‘forte’ saya, jadi lebih baik saya menyanyi sahaja buat masa ini,” katanya.

Mahu ke final

Sementara itu, AJL32 menjadi pengalaman pertama Ara beraksi di pentas pertanding­an cukup berprestij itu, dengan mempertaru­hkan lagu Warkah Untukku. Bagaimana pun, sehari sebelum pertanding­an akhir itu berlangsun­g, dia diserang demam, sekali gus mengakibat­kan suaranya ‘hilang’.

Masalah kesihatan dihadapi membuatkan dirinya gagal membawakan lagu itu dengan baik, akibat hilang fokus. Ia turut menjejaska­n peluangnya untuk menyerlah malam itu.

Justeru, apabila single keduanya, Bunga, terpilih untuk melangkah ke peringkat separuh akhir MuzikMuzik 33 yang bakal diadakan pada 16 November depan, di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, penyanyi bersuara lantang ini berikrar mahu menebus kegagalann­ya itu.

“Sekarang, harapan saya adalah untuk masuk ke final. Saya mahu menebus balik kesilapan dan nak buktikan yang saya boleh melakukan yang terbaik. Justeru saya akan lebih fokus pada vokal dan jika berjaya melangkah ke peringkat akhir, saya akan cuba membuat kelainan.

“Untuk lagu Bunga, saya akui sangat susah untuk dinyanyika­n. Ia lebih kepada soal teknik dan penghayata­nnya juga sangat berbeza. Sebagai persediaan, saya turut memasuki kelas vokal bagi mantapkan lagi nyanyian,” katanya.

Jaga kesihatan

Tidak mahu pisang berbuah dua kali, penyanyi ini mahu lebih berjagajag­a dalam soal kesihatan, terutama saat hari pertanding­an semakin menghampir­i.

“Saya mahu lebih peka dalam soal penjagaan kesihatan. Antara langkah yang diambil adalah dengan mengambil Vitamin C dan mengenakan topeng pelindung udara. Ara ada masalah lemah antibodi dan kalau berada berhampira­n dengan orang sakit, saya juga akan jatuh sakit. Nampaknya saya perlu lebih kerap menjalani pemeriksaa­n doktor,” ujarnya.

Mengenai persaingan yang bakal dihadapi pada peringkat separuh akhir nanti, Ara mengakui cukup gerun dengan ramai penyanyi ‘otai’ yang turut bersaing kali ini.

“Dengan penyanyi seangkatan, saya tidaklah berasa persaingan­nya menakutkan, sebaliknya ia sesuatu yang sihat. Tetapi, apabila ada ramai penyanyi ‘otai’ dan ‘legenda’ seperti Misha Omar dan Sarah Raissuddin, memang rasa takut sangat. Pada masa sama, barulah rasa seperti pertanding­an sebenar,” kata Ara.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ?? Ara menyanyika­n lagu Warkah Untukku pada AJL 32 di Axiata Arena.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] Ara menyanyika­n lagu Warkah Untukku pada AJL 32 di Axiata Arena.
 ??  ?? Ara memasuki kelas vokal bagi mantapkan lagi nyanyian.
Ara memasuki kelas vokal bagi mantapkan lagi nyanyian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia