Berita Harian

One Avenue Band tercabar

Peminat rayu lagu Kisah Antara Kita ada kesinambun­gan

- Oleh Hanisah Selamat

Populariti Kisah Antara Kita yang terus menjadi siulan ramai sejak dilancarka­n Julai lalu membuatkan ada dalam kalangan pendengar merayu supaya One Avenue Band menghasilk­an sambungan lagu itu.

Vokalisnya, Reyhan, berkata mereka tidak menyangka peminat tertunggu-tunggu lanjutan dendangan yang berkisar mengenai kekecewaan hati seorang insan yang ditinggalk­an kekasih itu.

Katanya, rangsangan yang diterima daripada ramai peminat sedikit sebanyak memberikan cabaran buat One Avenue Band untuk menghasilk­an lanjutan lagu terbabit.

“Ketika ilham tercetus tahun lalu, saya tidak pun meletakkan pengalaman sendiri sebagai tunjang cerita, sebaliknya ia lebih menjurus kepada insiden putus cinta insan di sekeliling.

“Ada juga yang pelik kerana lirik mahu pun melodi mendayu-dayu itu seolah-olah bersandark­an kisah percintaan saya sendiri hingga ia mampu menangkap perasaan pendengar.

“Sudah tentu cabaran lebih besar menanti saya selaku komposer dalam memastikan lanjutan Kisah Antara Kita lebih dramatik,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman lagu yang layak bertanding pada Separuh Akhir Muzik Muzik 33 (MM33).

Single baharu awal tahun depan

Lagu terbabit antara 30 dendangan yang bakal berentap pada peringkat berkenaan sebelum karya yang layak beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33), Februari tahun depan, diumumkan.

Selain Reyhan, kumpulan yang asalnya dinamakan One Avenue Buskers itu juga dibarisi oleh Mahathir, selaku pemain keyboard yang turut memberikan sentuhan dalam susunan muzik; Afiq (gitar bes); Ariff (gitar utama); dan Shana (genderang dan vokal).

Dedah vokalis berkenaan lagi, andai tiada aral melintang, single kedua mereka diharap dapat diperdenga­rkan kepada umum pada awal 2019.

 ?? [ FOTO NUR SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ?? Kumpulan One Avenue Band pada sidang media Muzik-muzik Separuh Akhir 33.
[ FOTO NUR SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] Kumpulan One Avenue Band pada sidang media Muzik-muzik Separuh Akhir 33.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia