Berita Harian

Minat lakonan belum terpadam

Semakin selesa sebagai pengacara dan penyampai, Sara tidak lupa cita-cita asal

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Asalnya, dia memasang impian untuk menceburka­n diri dalam lakonan. Namun, peluang untuk mengembang­kan bakat di arena pengacaraa­n yang terlebih dulu dihulurkan kepada gadis berusia 27 tahun ini.

Langkahnya dalam bidang seni bagai ‘tersasar’ apabila Sara Zulkifli menyertai stesen radio Hot FM. Sejak itu, daripada minat asalnya untuk menjadi pelakon, ia bertukar kepada pengacara dan penyampai digital.

Jejaknya bermula bersama Hot FM Zoomerz, namun berikutan ada yang perasan kemampuann­ya untuk mengendali­kan program televisyen, dirinya kemudian ditawarkan peluang mengacara rancangan Kata Serasi? di saluran ntv7.

Tidak terhenti di situ, bakat Sara dalam pengacaraa­n semakin diperhatik­an apabila dia diberikan pula ruang untuk menjadi pengacara belakang pentas bagi musim terbaru Mentor.

Pernah diminta berlawak

Menurut Sara, ketika ini dirinya menerima apa sahaja peluang yang dibentangk­an di hadapan mata kerana dia sendiri belum mengetahui tahap sebenar kemampuann­ya.

“Namun, apa yang kelakarnya, saya juga pernah ditawarkan untuk menjayakan acara komedi apabila ada pihak terdengar saya buat lawak di radio, sebagai penyampai sambilan. Begitupun, rasanya saya tidak boleh berlawak.

“Bagi saya, berlawak bukannya boleh dilakukan mengikut skrip, sebaliknya ia lebih kepada sesuatu yang tidak dirancang atau spontan.

“Apa pun, buat waktu ini saya belum pasti di mana kelebihan saya yang sebenarnya. Jadi, saya terima dahulu apaapa peluang yang dirasakan mampu saya lakukan,” katanya.

Ingin kendali program travelog

Menggalas tugas sebagai hos digital untuk program Sarancak, minatnya terhadap lakonan bagaimanap­un belum lagi terpadam.

Katanya, dia membabitka­n diri dalam dunia lakonan teater sejak di bangku sekolah. Justeru, minat pada bidang berkenaan sudah bercambah dalam dirinya sejak sekian lama.

“Saya kini mungkin agak selesa dengan bidang pengacaraa­n selepas beberapa tahun membabitka­n diri dalam dunia berkenaan. Namun, ia tidak pernah melunturka­n semangat saya untuk melangkah ke bidang lakonan kerana itulah minat asal saya.

“Cuma, buat waktu ini, nampaknya belum ada produksi yang berani menawarkan saya peluang lakonan. Jadi, sekarang saya gunakan dulu medan pengacaraa­n untuk membolehka­n lebih ramai orang mengenali diri ini. Mana tahu, esok atau lusa ada juga yang akhirnya menghulurk­an undangan untuk saya terbabit dalam drama atau filem?” katanya yang pernah menjayakan beberapa program televisyen di saluran berbayar.

Berazam untuk terus mengembang­kan bakat dalam arena seni, Sara turut mendedahka­n impiannya mengacarak­an rancangan berbentuk travelog, suatu hari nanti.

Belajar daripada kontrovers­i

Sementara itu, Sara mengaku dia banyak belajar daripada kontrovers­i membabitka­n penyanyi, Haqiem Rusli, Wany Hasrita dan Ernie Zakri, yang diundang ke konti radio bagi mempromosi­kan lagu baharu artis lelaki terbabit, barubaru ini.

Katanya, kesilapan berlaku apabila perkara itu tidak dimaklumka­n kepada pihak atasan.

“Sebagai artis, mereka sebenarnya ada hak untuk tidak terbabit dalam segmen berkenaan. Tugas saya adalah untuk menerangka­n kepada mereka, apa tujuan masingmasi­ng diundang ke situ. Mereka juga mempunyai hak untuk menolak.

“Saya memang tak sangka akan dikecam seteruk itu oleh netizen di media sosial. Namun, saya tidak kisah kerana ia bukan salah saya dan artis terbabit juga sedar, ia bukan kesilapan saya. Apa pun, saya sudah belajar daripada kejadian berkenaan,” katanya yang bakal mengendali­kan Mentor musim ketujuh bersamasam­a Nana Mahazan dan Shuk.

 ??  ??
 ??  ?? Nana, Shuk dan Sara pada sidang media Mentor 7 di Bukit Kiara.
Nana, Shuk dan Sara pada sidang media Mentor 7 di Bukit Kiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia