Berita Harian

Verstappen laung amaran

Kuasai catatan terpantas sesi latihan meskipun jentera bermasalah

-

Max Verstappen melaungkan amaran kepada pencabar utama gelaran Formula Satu, Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel apabila mendominas­i sesi latihan Grand Prix Mexico sebelum Red Bull berdepan masalah hidraulik.

Pemenang tahun lalu itu dilihat sebagai taruhan terbaik untuk muncul pemandu termuda bermula di petak utama pada sesi kelayakan awal pagi esok selepas pemandu berusia 21 tahun dari Belanda itu mempamerka­n aksi mantap di litar altitud tinggi itu.

“Kami mempunyai kereta, kestabilan yang baik, cengkaman mekanikal yang mantap,” kata pelumba muda yang kelihatan tidak peduli dengan masalah dialaminya 10 minit sebelum sesi kedua berakhir.

Pendahulu yang juga penyandang juara dunia dari Mercedes, Hamilton, masih lagi mencari rentak menandingi kelajuan Verstappen dalam usaha meraih kejuaraan kelima dengan berbaki dua perlumbaan.

Litar di paras tinggi

Vettel dari Ferrari pula kini 70 mata ketinggala­n di belakang pemandu Britain itu, perlu menang untuk menghidupk­an kembali peluang dalam usahanya menafikan peluang Hamilton bergelar juara dunia.

Verstappen mendahului rakan pasukan dari Australia, Daniel Ricciardo ketika sesi latihan yang menyaksika­n Red Bull menguasai kedudukan satu-dua apabila merekod catatan terpantas sepusingan 1:16.656s pada sesi pagi dan 1:16.720s pada sesi petang.

Ricciardo 0.483s lebih perlahan pada sesi pertama dan 0.153s pada sesi kedua.

Renault yang juga pembekal enjin Red Bull adalah yang terbaik pada kedua-dua sesi itu apabila pelumba Sepanyol, Carlos Sainz menduduki tempat ketiga terpantas kedua-dua sesi.

Litar dibina pada paras 2,200 meter dari paras laut menyaksika­n Mercedes dan Ferrari dilihat kurang berkuasa berbanding perlumbaan sebelum ini.

“Enjin bergelut dengan keadaan cuaca, brek dan cuaca sejuk. Kami menggunaka­n sayap yang sama di Monaco dan kestabilan yang sama (kelajuan tinggi) di Monza,” kata prinsipal Red Bull, Christian Horner.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia