Berita Harian

Eriksson bimbing Filipina

-

Hong Kong: Bekas pengendali England, Sven-goran Eriksson akan membimbing skuad kebangsaan Filipina pada Piala Suzuki AFF bulan depan dan Piala Asia 2019.

Pengendali 70 tahun itu, yang sebelum ini dikaitkan dengan pasukan kebangsaan Iraq dan Cameroon, dijangka tiba di Manila minggu depan untuk kem latihan menjelang Piala Suzuki AFF yang akan bermula pada 8 November.

“Salah seorang jurulatih legenda sepanjang zaman, jurulatih Svengoran Eriksson akan membimbing Azkals untuk Piala Suzuki dan Piala Asia,” kata pengurus pasukan Dan Palami ketika jejalah trofi Piala Suzuki di Manila, semalam.

“Saya pasti dia akan memantapka­n pasukan dan saya pasti pemainpema­in akan banyak belajar daripadany­a.

“Dia akan bekerjasam­a dengan jurulatih kami Scott Cooper. Ia salah satu langkah yang diambil untuk membolehka­n kami tampil lebih baik pada edisi Piala Suzuki kali ini.”

Butcher lepas jawatan

Eriksson mengambil alih pasukan dua bulan selepas Terry Butcher meletak jawatan tanpa mengendali sebarang sesi latihan.

Bekas kapten England itu dilantik Jun lalu dan mengumumka­n pada Ogos yang dia tidak akan meneruskan tugasnya itu.

Sementara itu Eriksson, yang tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas meninggalk­an kelab China Shenzhen FC pada Jun 2017, akan bekerjasam­a dengan Cooper yang mengambil alih tugas Butcher sejak Ogos.

Filipina akan berdepan Indonesia, Singapura, Thailand dan Timor Leste di peringkat kumpulan Piala Suzuki sebelum tampil buat kali pertama di pentas Piala Asia pada Januari.

Mereka akan berdepan Korea Selatan, China dan Republik Kyrgyz di Piala Asia yang berlangsun­g di Emiriah Arab Bersatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia