Berita Harian

SIC bersiap sedia anjur pelumbaan

Semua sudah bekerja keras untuk pastikan penganjura­n terbaik

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Promoter dan penganjur Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2018, Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) sudah bersedia menganjurk­an edisi ke-28 perlumbaan berprestij itu dan kini berada dalam fasa persiapan terakhir untuk memastikan penganjura­n yang terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali yang memberikan taklimat dengan kira-kira 500 sukarelawa­n antaranya marsyal litar, anggota perubatan dan kakitangan pusat media berkata, pihaknya sudah bersedia menanti kehadiran pelumba ternama dunia.

Sudah bersedia

“Kami semua sudah bersedia untuk menganjurk­an acara sukan permotoran terbesar di negara ini.

“Semua pihak yang terbabit sudah bekerja keras untuk memastikan kami menjadi penganjur terbaik,” kata Razlan yang meraikan tahun ke-10 beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SIC pada tahun ini.

Ketika saingan akan membuka tirainya menerusi sesi latihan bebas Jumaat ini, Razlan berkata segala aktiviti membabitka­n perlumbaan berperstij itu akan bermula hari ini.

“Pasukan bersama produksi televisyen akan tiba hari ini, iaitu selepas berakhirny­a GP Phillip Island.

“Program kami dengan peminat pula akan bermula Selasa ini membabitka­n perlawanan bola sepak persahabat­an antara pelumba bertemu pasukan media Malaysia.

“Pada Rabu pula slot sesi teh tarik bersama pelumba Motogp di NZ Curry House Garden Cafe, KLCC.

“Setiap pasukan juga akan mempunyai program sendiri termasukla­h sesi bertemu peminat. Jadi ia pastinya minggu yang sangat menarik,” katanya.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ??
[ FOTO BERNAMA ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia