Berita Harian

Cheng Hoe banyak pilihan pemain

-

Nilai: Ketua jurulatih skuad bola sepak negara, Tan Cheng Hoe mengakui agak sukar untuk membuat pilihan senarai akhir 23 pemain yang akan dipilih beraksi pada Kejuaraan Piala Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 pada bulan depan.

Pengendali berusia 50 tahun itu berkata, kesemua 26 pemain yang dipilih untuk menjalani sesi latihan pusat ketika ini, mempamerka­n prestasi terbaik dari segi fizikal dan taktikal.

“Itu satu petanda positif tetapi itu yang menyebabka­n agak sukar saya untuk memilih kesebelasa­n terbaik.

“Saya rasa apa yang membimbang­kan adalah untuk mendapatka­n keserasian dan kombinasi yang terbaik kerana ada sesetengah pemain yang tidak selalu bersama pasukan kebangsaan,” kata Cheng Hoe selepas sesi latihan skuad Harimau Malaya di padang Universiti Sains Islam Malaysia di sini, semalam.

Kemboja ujian sulung

Dalam pada itu, Cheng Hoe memaklumka­n senarai akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran negara pada Piala AFF Suzuki akan diumumkan selepas akhir persahabat­an terakhir menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November ini.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe menyasarka­n kutipan tiga mata pada dua aksi awal kumpulan A Piala AFF Suzuki menentang Kemboja dan Laos.

Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki menentang Kemboja di Stadium Olimpik Phnom Penh, Kemboja pada 8 November, sebelum melayan kunjungan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, selang empat hari kemudian.

Skuad negara akan menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 16 November sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarka­n skuad negara layak ke final Piala AFF Suzuki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia