Berita Harian

3 rakan tak kisah berhabis demi TFC

-

Kuala Terengganu: Tiket belum tentu dapat tetapi tiga sahabat sanggup mencorakka­n logo pasukan TFC di badan kenderaan mereka yang menelan belanja lebih RM400.

Zakaria Ibrahim, 43, berkata dia bersama dua rakan, Mohd Hairie Saidi, 32, dan Mohd Ramadhan Abd Aziz, 43, masing-masing dari Kampung Hiliran dan Ladang, Kuala Terengganu, sepakat mahu mencorakka­n kenderaan mereka sebaik TFC berjaya menewaskan pasukan gergasi bola sepak negara Johor Darul Ta’zim (JDT) pada separuh akhir kedua di Johor Bahru.

“Pada peringkat awal kami tak terfikir untuk mencorakka­n logo di badan kereta dan mahu menggunaka­n bendera Terengganu saja kerana tak sesuai dengan kereta saya.

“Tetapi apabila Hairie bersetuju menggunaka­n kenderaann­ya untuk ke Shah Alam, saya terus mencorakka­n badan keretanya menggunaka­n logo sama yang terdapat di badan bas TFC.

“Kami mengambil masa dua hari bermula Khamis lalu dan malam tadi kami bertolak ke Shah Alam.

Harap pengadil bagus

“Lagipun semua bahan sudah ada kerana rekaan di bas TFC adalah hasil kerja tangan saya,” katanya yang memiliki premis pengiklana­n di Jalan Sultan Mohamad, di sini.

Beliau berkata, ketika proses menyiapkan logo itu, mereka belum memiliki tiket tetapi sebagai tanda sokongan dan semangat untuk melihat pasukan kesayangan menjulang piala itu, mereka tekad melakukann­ya.

“Kalau tak dapat tiket pun takpe kerana ini tanda sokongan kami terhadap pasukan. Tapi kami bersyukur kerana usaha mendapatka­n tiket akhirnya berjaya.

“Cuma malam ini saya harap pengadil menjalanka­n tugas dengan adil tanpa berpihak kepada mana-mana pasukan kerana kami mahu melihat mutu permainan tinggi dipamerkan kedua-dua pasukan,” katanya ketika ditemui.

 ??  ??
 ??  ?? Zakaria (kanan), Mohd Hairie (tengah) dan Mohd Ramadhan bersama kereta yang dicorakkan logo TFC.
Zakaria (kanan), Mohd Hairie (tengah) dan Mohd Ramadhan bersama kereta yang dicorakkan logo TFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia