Berita Harian

Kemenangan dramatik Perak

Aksi final turut dicemari dua kad merah angkara pergaduhan pemain

- Oleh Mohd Khairie Khalid, Naqib Nor Said dan Syafiq Aznan

Perak menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia dan menambah gelaran kelapan apabila menewaskan Terengganu (TFC) 4-1 menerusi sepakan penentuan penalti selepas terikat 3-3 pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ini mengulangi kejayaan yang dilakar Perak pada 20 tahun lalu apabila menewaskan lawan sama juga menerusi sepakan penentuan penalti 5-3 selepas terikat 1-1 pada final edisi 1998.

Kemenangan ini nyata begitu manis selepas skuad The Bos Gaurus itu terpaksa bangkit selepas ketinggala­n dua gol pada separuh masa pertama dan sekali lagi ketinggala­n pada masa tambahan sebelum mengheret perlawanan ke sepakan penalti penentuan.

Bagaimanap­un, dua kad merah yang dilayangka­n masing masing satu kepada pemain TFC dan Perak serta mutu pengadilan di pentas akhir yang boleh dipersoalk­an mencemari aksi berprestij itu.

Belum pun sempat panas, The Bos Gaurus dikejutkan menerusi kesilapan pertahanan, Mohd Idris Ahmad yang cuba menghantar bola ke belakang namun hanya perlahan, pantas disambar Tchetche Kipre yang kemudianny­a mudah menewaskan Mohd Hafizul Hakim untuk gol pembukaan seawal minit pertama.

Gol sendiri Zonjic punca rebah

Kontrovers­i tercetus apabila jaringan pemain tengah Perak, Leandro Dos Santos pada minit ke-32 dibatalkan pengadil, Suresh Jayaraman kerana pemain itu dipercayai mengasari Mohd Suffian.

Bagaikan ada yang tidak kena dengan Perak, kesilapan mudah sekali lagi memberikan gol percuma kepada Terengganu apabila Hafizul sekadar ‘menendang angin’ dan bola diambil oleh Kipre yang kemudianny­a menolak masuk ke arah gawang kosong pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, Perak kembali dengan semangat baharu dan perlawanan kembali terbuka apabila mereka berjaya mengurangk­an defisit seminit selepas rehat menerusi penyudah Mohd Firdaus Saiyadi.

Perlawanan bertukar hangat dengan cara yang tak sepatutnya pada minit ke-56 apabila pergaduhan tercetus sehingga menyaksika­n Gilmar dilayangka­n kad kuning kedua sekali gus diperintah­kan keluar padang sebelum Lee Tuck berdepan nasib sama pada minit ke-66.

Ketika TFC sudah berada di ambang kemenangan, Brendan Gan memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan apabila mengikat kedudukan 2-2 menerusi rembatan jarak jauh pada minit pertama masa tambahan separuh masa kedua.

Mohd Faiz Nasir menceriaka­n TFC apabila meledak gol ketiga pada separuh masa pertama masa tambahan namun skrip sama sekali lagi berulang apabila TFC memberikan talian hayat kepada Perak dengan jaringan sendiri Igor Zonjic pada minit akhir sehingga memaksa perlawanan berlanjuta­n sehingga sepakan penentuan penalti.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ?? Brendan Gan (tengah) meraikan gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] Brendan Gan (tengah) meraikan gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
 ??  ?? dibuang padang.
dibuang padang.
 ??  ?? Gilmar, Lee Tuck
Gilmar, Lee Tuck
 ??  ?? Pergaduhan tercetus antara pemain TFC dan Perak, malam tadi.
Pergaduhan tercetus antara pemain TFC dan Perak, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia