Berita Harian

RM4 bilion pacu tiga koridor wilayah

Kerajaan yakin peruntukan besar sedia kemudahan mampu tarik pelabur

- Oleh Mohd Roji Kawi

Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM4 bilion bagi menyediaka­n kemudahan membangunk­an tiga kawasan dalam seliaan Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata berikutan kawasan seliaan RECODA terlalu luas, pihaknya membahagik­an kawasan itu kepada tiga agensi tempatan.

Tiga agensi terbabit katanya ialah Agensi Pembanguna­n Hulu Rejang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Kawasan Utara (NDA).

Beliau berkata, URDA dan HDA masing-masing diperuntuk­kan RM1.5 bilion manakala NDA pula sebanyak RM1 bilion.

Pertanian moden

“Peruntukan besar itu kita sediakan untuk membina kemudahan asas di tiga kawasan terbabit seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik bagi membolehka­n kita membangunk­an potensi kawasan terbabit.

“Apabila kemudahan sudah kita sediakan, saya percaya kita dapat menarik pelabur masuk ke kawasan itu untuk membangunk­an sektor pertanian moden, pelanconga­n serta penjanaan tenaga elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10, Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni, Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni.

Abang Johari berkata, tiga kawasan terbabit berpotensi besar dibangunka­n menjadi kawasan pelanconga­n dan pertanian moden.

“Kawasan URDA misalnya mempunyai banyak daya tarikan semula jadi terutamany­a bentuk muka bumi yang berbukit bukau serta mempunyai tasik buatan yang besar iaitu empangan hidro elektrik yang pastinya mampu menarik minat pelancong.

“Kawasan tanah tinggi Bario dan Ba’kelalan dalam HDA juga cukup menarik dengan pengeluara­n padi bukit serta alam semula jadi yang mempersona­kan,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD ROJI KAWI / BH] ?? Abang Johari bersama Ismawi dan Hazland (kanan) turut menghiburk­an tetamu pada majlis Ulangtahun Ke-10 SCORE di BCCK, Kuching.
[ FOTO MOHD ROJI KAWI / BH] Abang Johari bersama Ismawi dan Hazland (kanan) turut menghiburk­an tetamu pada majlis Ulangtahun Ke-10 SCORE di BCCK, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia