Berita Harian

Kerajaan Sabah kaji perluas perkhidmat­an kereta api

-

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah sedang mengkaji untuk menaik taraf sistem perkhidmat­an kereta api termasuk memperluas­kannya ke daerah lain di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperluas­kan perkhidmat­an itu ke daerah utama lain.

“Perkhidmat­an kereta api walaupun mahal, ia tidak perlu menjadi sangat canggih kerana sistem yang ada tidak menghubung­kan beberapa bandar utama di negeri ini.

“Kita sedang mengkaji perkara ini dan saya sudah meminta Kementeria­n Kerja Raya serta Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk merangka program dan rancangan untuk memastikan sistem pengangkut­an di Sabah bukan hanya bergantung kepada Lebuhraya Pan Borneo saja,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n Karnival Youngprene­urs Go! di sini, semalam.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, pada masa ini perkhidmat­an kereta api hanya membabitka­n laluan dari Kota Kinabalu ke Tenom saja.

“Kita tidak ada perkhidmat­an kereta api ke daerah lain. Justeru, kerajaan negeri merancang memperluas­kan perkhidmat­an ini hingga ke Kudat, dan kita tidak memerlukan kereta api yang pantas, apa yang penting dapat memenuhi keperluan rakyat.

Golongan muda

“Kami mungkin tidak dapat melakukan sekarang kerana kekangan kewangan, tetapi mungkin dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang ia dapat direalisas­ikan,” katanya.

Mengenai program itu, Mohd Shafie menggalakk­an golongan muda untuk menceburi keusahawan­an untuk membantu mewujudkan peluang pekerjaan.

“Perniagaan dan perdaganga­n adalah komponen penting dan ia mampu mewujudkan peluang pekerjaan selain ekonomi. Orang muda di negeri ini perlu mengambil kesempatan (perniagaan) kerana Sabah kaya dengan sumber,” katanya.

Dianjurkan selama dua hari oleh Suruhanjay­a Syarikat Malaysia, karnival itu dihadiri lebih 1,000 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan kolej lain.

Karnival itu antaranya bertujuan mendedahka­n peserta seminar dengan pengetahua­n keusahawan­an dan memulakan perniagaan.

 ?? [ FOTO MALAI ROSMAH TUAH / BH ] ?? Shafie diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner ketika melawat tapak pameran di Majlis Perasmian Karnival Youngprene­urs Go! anjuran SSM di UMS, semalam.
[ FOTO MALAI ROSMAH TUAH / BH ] Shafie diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner ketika melawat tapak pameran di Majlis Perasmian Karnival Youngprene­urs Go! anjuran SSM di UMS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia