Berita Harian

Kompleks Kedayan dijangka dibina 2019

-

Papar: Persatuan Kedayan Sabah (PAADIAN) akan membina sebuah kompleks Kedayan di kawasan seluas empat hektar di Sipitang bagi membolehka­n etnik itu menjalanka­n aktivitiny­a.

Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri yang juga Presiden PAADIAN, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata pembinaann­ya dijangka bermula pada tahun hadapan.

Kawasan yang strategik

“Daerah Sipitang dipilih sebagai pusat penempatan bangunan Kompleks Kedayan memandangk­an kawasannya yang strategik, malah suku kaum Kedayan ramai di sana.

“Bagaimanap­un, penjajaran tapak tanah terbabit sedang dikenal pasti kerana kami mahu kompleks ini ditempatka­n di laluan utama,” katanya selepas merasmikan program Pendakian Bukit Kinandukan, Santai di Pantai Telinting di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Aidi Moktar; Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Lebih 300 pengunjung hadir pada program riadah berkenaan termasuk rombongan ahli persatuan Kedayan dari Brunei, Miri, Limbang dan Lawas di Sarawak serta Labuan.

Program itu dianjurkan PAADIAN Zon Papar dengan kerjasama Pejabat ADUN Pantai Manis dan Parlimen Papar, organisasi Sahabat Kinandukan serta Kelab Belia Inspirasi Kampung Kelanahan (KABELA).

Dr Yusof berkata, bangunan itu nanti akan merangkumi beberapa komponen termasuk pejabat pentadbira­n, galeri, kedai serta premis menjual produk suku kaum Kedayan.

“Bangunan itu dapat digunakan khusus oleh suku kaum Kedayan untuk menjalanka­n aktiviti kebudayaan serta ekonomi seperti Pusat Kebudayaan Kadazandus­un (KDCA).

“Kita juga tidak menghalang malah menggalakk­an PAADIAN peringkat zon seperti di Papar, Beaufort, Ulu Sipitang, Mesapol dan lokasi lain memiliki bangunan sendiri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia