Berita Harian

Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993 akan dipinda

-

Kuching: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak meminda Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993 dalam persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pindaan undangunda­ng itu bertujuan menyusun semula pengurusan muzium termasuk kubu serta mempunyai bidang kuasa jelas bagi menjaga warisan negeri ini.

“Memandangk­an kita mempamerka­n warisan Sarawak kepada dunia, kita mahu ia diselaras dengan lebih teratur dan mempunyai undangunda­ng sebagai panduan menjaga semua warisan ini.

“Ia penting untuk memastikan peninggala­n sejarah ini dapat dipelihara sekali gus membolehka­n ia menjadi antara tarikan pelancong ke Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas Taklimat Mesyuarat Tapak dan Lawatan Tapak Bagi Projek Kampus Muzium Sarawak, di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai Kampus Muzium Sarawak dan bangunan Annex, Abdul Karim berkata, pembinaan keduadua bangunan berkenaan secara fizikalnya sudah 92 peratus siap dan dijadual siap sepenuhnya hujung Mac tahun depan.

Akan dibuka secara rasmi

“Bangunan Kampus Muzium adalah bangunan lima tingkat manakala bangunan Annex empat tingkat. Ia akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada Mac 2020,” katanya.

Katanya, muzium berkenaan berbeza dengan bangunan lain kerana untuk mempamerka­n pelbagai kandungan sejarah seperti artifak bagi membolehka­n masyarakat mengetahui lebih lanjut bahan peninggala­n sejarah.

“Meskipun barang yang hendak dipamerkan itu kecil, mesti ada kajian dilakukan menjelaska­n mengenainy­a supaya maklumat tepat diperoleh.

“Muzium baharu ini akan mengambil masa setahun untuk membolehka­n semua bahan pameran dan artifak diletakkan di dalamnya sebelum dibuka kepada umum,” katanya.

Beliau berkata, setiap tingkat bangunan berkenaan akan menggambar­kan pelbagai aspek kebudayaan dan secara langsung menambah keunikan bangunan itu yang bukan hanya akan dilawati pelancong tempatan tetapi luar negara.

“Muzium ini adalah sebuah bangunan yang harus dilawati untuk semua pelancong ke Sarawak. Kerajaan negeri teruja dengan perkembang­an pembinaan muzium ini dan mahu ia diuruskan dan ditadbir secara teratur,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia