Berita Harian

SM St Michael lakar sejarah

Tersenarai dalam Malaysia Book of Records hasilkan 5,860 pasu organik

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Sekolah Menengah (SM) St Michael melakar sejarah apabila berjaya menghasilk­an 5,860 pasu organik ciptaan sendiri sekali gus direkodkan dalam

(MBOR) sebagai penghasila­n pasu terbanyak daripada bahan kitar semula.

Dihasilkan oleh lebih 900 warga sekolah, semua pasu organik berkenaan dibuat daripada bahan kitar semula seperti kotak telur, air, sabut kelapa, daun pisang kering, sekam padi, tanah merah bakar dan kanji.

Pelajar SM St Michael yang juga ketua projek, Nojuel JC Soluku, 16, berkata, penghasila­n pasu organik itu hanya mengambil masa kurang sebulan bermula pada awal Oktober ini.

“MBOR menyasarka­n 3,000 pasu organik tetapi kami berjaya menghasil lebih 5,000 pasu,” katanya selepas majlis penyerahan sijil MBOR kepada sekolah berkenaan di sini, semalam.

Majlis perasmian disempurna­kan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Benjamin Soikun mewakili Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jenifer Lasimbang.

Sampaikan anugerah

Pada majlis berkenaan, Pegawai Pengurus MBOR, Lee Pooi Leng menyampaik­an anugerah kepada Pengetua SM St Michael, Jennifer Asing.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Penampang, Robert Stidi dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SM St Michael, Datuk Philip Lasimbang.

Anugerah itu adalah anugerah MBOR kelapan sekolah menengah berkenaan selepas kali terakhir diterima tahun lalu bagi pengumpula­n buku terpakai paling banyak.

Mengulas lanjut, Nojuel berkata, penghasila­n pasu organik itu bertujuan menggantik­an beg plastik politena untuk proses penyemaian.

“Penggunaan pasu organik memudahkan kita kerana ia ditanam sekali di dalam tanah disebabkan sudah memiliki pelbagai nutrisi sesuai dan berguna kepada tumbuhan,” katanya.

Terdahulu, Jenifer berkata, kejayaan sekolah berkenaan boleh dijadikan contoh terbaik kepada semua sekolah di negeri ini terutama di daerah Penampang.

Beliau berkata, selain menghasilk­an produk berinovasi, ia secara tidak langsung mendidik masyarakat agar mengguna pakai bahan kitar semula untuk menjaga alam sekitar.

 ?? [ FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL / BH] ?? Pooi Leng (empat dari kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n MBOR kepada Jennifer di Penampang, semalam. Nojuel JC Soluku, Ketua projek
[ FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL / BH] Pooi Leng (empat dari kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n MBOR kepada Jennifer di Penampang, semalam. Nojuel JC Soluku, Ketua projek

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia