Berita Harian

Sarawak komited perkasa pendidikan

-

Kuching: Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius terhadap bidang pendidikan kerana menyedari ia mampu mengubah nasib masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni, berkata kemudahan pendidikan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan generasi muda dapat menimba ilmu dalam suasana yang kondusif.

Menurutnya, kerajaan menyediaka­n kemudahan yang baik untuk generasi muda belajar dan ia perlu dimanfaat sebaik mungkin untuk mencapai keputusan cemerlang.

“Pendidikan terus menjadi keutamaan kerajaan kerana ilmu pengetahua­n mampu mengubah landskap kehidupan sekali gus mewujudkan masyarakat pintar.

Sumbangan RM50,000

“Kemudahan yang baik disediakan agar aktiviti pembelajar­an dan pengajaran dapat dilakukan dalam suasana selesa, sekali gus memudahkan pelajar menguasai ilmu dengan lebih mudah,” katanya pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Graduasi Praunivers­iti 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako, di sini, semalam.

Pada majlis itu Hazland turut menyampaik­an sumbangan berjumlah RM50,000 untuk menaik taraf surau dan RM10,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bako.

Menjelas lanjut katanya, DUN Demak Laut mempunyai tiga sekolah menengah dan 16 sekolah rendah.

“Kita sentiasa memantau dan memberi perhatian kepada perkembang­an pendidikan anak muda di sini agar mereka tidak ketinggala­n,” katanya.

Beliau berkata, gabungan ibu bapa dan guru memainkan peranan sangat penting memastikan kejayaan anak dengan mewujudkan lebih banyak aktiviti berteraska­n pendidikan.

“Makmal Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) turut akan dilaksanak­an di sekolah rendah di kawasan ini secara berperingk­at supaya pelajar mendapat pendedahan dalam bidang teknologi dan vokasional selari dengan keperluan masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? Hazland Abang Hipni
Hazland Abang Hipni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia