Berita Harian

MUKHRIZ AMBIL ALIH KERAJAAN BN YANG RUGIKAN KEDAH

-

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 2013 menerusi Barisan Nasional (BN), tetapi disingkir oleh UMNO pada 2016. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, beliau sekali lagi bertanding, kali ini di bawah Pakatan Harapan (PH) dan berjaya membentuk kerajaan negeri dan menjadi Menteri Besar walaupun tidak mendapat kerusi majoriti. Ikuti temu bual bersama Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an, di Wisma Darul Aman, Alor Setar, baru-baru ini.

Soalan (S): Apa perasaan Datuk Seri pada malam 9 Mei lalu selepas mengetahui keputusan DUN tergantung antara PH, PAS serta BN yang masingmasi­ng mendapat 18 kerusi daripada jumlah 36 keseluruha­n kerusi DUN di Kedah?

Jawapan (J): Pada awalnya, kami gembira kerana dapat keputusan yang membuktika­n bahawa apa yang telah kami bawa selama ini, kempen kami untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) akhirnya menjadi nyata. Tetapi, akhirnya bila kita dapati keputusan itu tidaklah suatu keputusan yang betul-betul memberi kemenangan yang jelas kepada mana-mana pihak, maka adalah juga rasa bimbang.

Kita mempunyai 18 kerusi, tetapi 18 yang kami dapat itu datangnya daripada satu pasukan yang telah masuk dalam pilihan raya menggunaka­n satu lambang. Jadi, maksudnya kita tidaklah satu gabungan yang hanya wujud selepas pilihan raya. Itu jelas datangnya daripada Pakatan Harapan (PH). 18 daripada pihak yang satu lagi pula terbahagi kepada dua, PAS 15 dan BN tiga.

S: PRU-14 dianggap sebagai ibu segala pilihan raya dan kempennya begitu hebat sekali. Pada tahap manakah keyakinan PH khususnya Datuk Seri sendiri untuk mencapai kemenangan ketika itu?

J: Yang saya ada ketika itu ialah harapan. Harapan untuk membawa perubahan yang kita hendakkan. Tetapi keyakinan itu maklum sajalah kita berdepan dengan pihak yang menjadi kerajaan, yang mempunyai segala kuasa untuk menyusahka­n perjalanan kita.

Contohnya, parti boleh diharamkan, macam-macam tekananlah yang kami hadapi. Individu ataupun pihak swasta yang nak menyumbang kepada PH pun diberi amaran yang macam-macam. Jadi mereka tak berani nak tampil. Jadi tekanan itu memang ada. Jadi, nak kata saya yakin kita boleh menang waktu itu tak sampai tahap itu. Tetapi, harapan itu sangat memuncak bahawa rakyat akan memahami apa sebenarnya yang hendak kami bawa. Yang pertamanya ialah mengganti sebuah kerajaan kleptokrat. Selain itu juga untuk menyelamat­kan keadaan bagi seluruh rakyat Malaysia. Tempoh kempen berkenaan sangat mencabar berbanding dengan yang pernah saya lalui sebelum ini.

S: Adakah kemenangan PAS yang agak besar dan kekalahan teruk BN memang dijangka atau mengejutka­n?

J: Ia memang mengejutka­n, saya mengakui bahawa kami tak sangka keputusan begitu. Ruparupany­a apa yang kami ramal iaitu wujud satu bentuk kerjasama antara PAS dan UMNO. Tetapi akhirnya yang mendapat manfaat besar ialah PAS, bukan UMNO.

Malah, UMNO dilihat sebagai mangsa strategi yang silap. Kami juga terpengaru­h dengan dapatan kajian oleh INVOKE yang menyatakan bahawa PAS dalam PRU-14 ini akan di‘wipe out’ (kalah teruk). Kami tidak percaya 100 peratus kerana kami faham lebih kurang bahawa PAS memang berpengaru­h di Kedah.

Tetapi ada sedikit sebanyak memberi kesan kepada cara kami berkempen. Waktu itu kalau kita lihat semua ceramah kempen, serangan kami lebih menjurus kepada UMNO dan BN dan di hujung-hujung baru kita kata bahawa PAS pun lebih kurang sama.

Jadi, itu rupanya tak cukup untuk menyakinka­n rakyat, khususnya di Kedah. Tambah pula lagi masyarakat Melayu di luar bandar yang sudah sekian lama menganggap bahawa PAS sebuah parti politik yang berpengaru­h di Kedah. Jadi, bila kita buat sedikit bedah siasat, kita dapati bahawa kempen itu tidak cukup untuk menyakinka­n rakyat bahawa PAS juga perlu ditolak.

S: Perkhidmat­an Awam Kedah (KCS) memainkan peranan penting. Adakah perbezaan antara antara BN dan sekarang?

J: Tentulah sebagai barisan pentadbir biasanya mereka menyokong kerajaan yang ada ketika itu tetapi mungkin ada perbezaan antara satu kerajaan dengan yang lain. Ada juga perbezaan antara Menteri Besar apabila kita bersilih ganti, perbezaan dasar cara pemikiran.

Bagi saya mungkin ada sedikit kelebihan sebab saya kenal semua kerana saya sudah mempunyai pengalaman sebelum ini. Kemudian saya faham mereka terus berkhidmat di bawah Datuk Seri Ahmad Bashah, apabila saya undur. Apabila saya kembali, orang yang sama juga di situ jadi saya lebih kurang faham cara pemikiran dan cara buat kerja seperti mana kali pertama. Dulu pun benda paling awal saya lakukan bila angkat sumpah adalah kumpul semua balik dan adakan satu seminar berkait dengan integriti.

Ini saya anggap sangat penting dalam pentadbira­n dan saya dapat kerjasama baik daripada Institut Integriti Malaysia yang hantar beberapa tokoh yang mengingatk­an kita betapa pentingnya kita mempunyai tadbir urus yang penuh integriti. Perkara ini yang saya ingatkan pentadbira­n negeri termasuk KCS dan nampaknya sokongan padu dari semua pihak untuk menjayakan dasar kerajaan negeri.

S: Apa Datuk Seri Mukhriz impikan untuk Kedah dalam tempoh 10-15 tahun?

J: Saya fikir dalam masa yang terdekat dan pertengaha­n, kita mestilah letak satu hala tuju yang diyakini dan boleh membantu melonjak kedudukan Kedah ke tahap yang jauh lebih baik dari sekarang.

Contohnya, dari segi pendapatan isi rumah kalau boleh dua tiga kali ganda lebih daripada apa yang kita ada hari ini. Maksudnya, memberi manfaat terus secara langsung kepada rakyat dan dirasai rakyat dan bukannya mengkayaka­n pihak tertentu atau pihak swasta sahaja.

Jadi, kita nak supaya rakyat Kedah merasai dasar dan pendekatan diambil kerajaan negeri benar-benar memberi manfaat kepada mereka dan tak perlu lagi rakyat Kedah hijrah ke negeri jiran atau negeri lain sampai ke Johor, ke Dubai atau Qatar untuk cari makan. Kalau kita boleh wujudkan peluang pekerjaan di sini tak perlu untuk mereka berhijrah ke luar.

S: Apa pesanan untuk rakyat Kedah dan Kerajaan PH?

J: Saya sangat mengharapk­an Kerajaan PH pada peringkat Persekutua­n dapat memahami keadaan negeri agak terpinggir bukan hanya Kedah, tetapi beberapa negeri lain yang sangat memerlukan perhatian.

Kadang-kala kita mempunyai dasar yang agak umum. Satu contoh, Kerajaan Persekutua­n memberi dana mengikut jumlah penduduk. Jadi, kalau sebuah negeri itu kecil atau besar, ramai atau kurang pendudukny­a peruntukan ikut perkapita. Rakyat Kedah kurang peluang pekerjaan di sini. Dia tak berminat untuk kerja bendang, tak minat menoreh getah kerana harga getah yang begitu rendah, peluang pekerjaan di Taman Industri pun terhad.

Jadi, mereka berhijrah ke negeri lain dan yang dapat manfaat daripada sumber manusia dari Kedah. Negeri itu yang penduduk semakin ramai akibat penghijrah­an itu pula mendapat duit perkapita.

Jadi, kami yang hilang sumber manusia yang mengekspor­t tenaga kerja itu seolah-olah dihukum pula kerana akibat kurang orang.

Jadi, dasar seperti itu saya fikir perlu ditimbang semula dan saya sudah bincang perkara ini dengan Kerajaan Persekutua­n mungkin ada keputusan dibuat dalam Bajet 2019. Kita harap begitulah dan ada lagi perkara lain yang kami bangkitkan untuk pertimbang­an Kerajaan Pusat.

Bagi rakyat pula adalah harapan saya supaya kita memahami keadaan dihadapi Kedah dan saya pun rasa cemas dan tak sabarsabar nak perbetulka­n keadaan ini, tapi saya faham juga ia makan masa.

Kadang-kala ia memerlukan rundingan dan perbincang­an dengan ramai orang untuk mendapat kata putus meyakinkan serta memberi impak. Seperti kita harapkan bagi Kedah dan negeri miskin, jadi saya harap rakyat boleh bersabar.

Saya sangat bimbang dalam tempoh lima bulan tubuh kerajaan ada dengar juga kritikan bahawa kerajaan Kedah tak buat apa-apa dan macam-macam lagi. Saya bukan jenis nak bercakap sangat atau nak mengeluark­an kenyataan media mengenai apa yang kami dah lakukan, tapi kita lebih tumpu nak buat kerja saja. Mungkin itu pun kelemahan kami kerana tidak mempromosi tapi sekarang penting untuk kita jelaskan bahawa sebenarnya macam-macam benda yang sedang diusahakan tapi cuma hasilnya tak dapat lagi. Bila belum dapat hasil itu yang segan nak cakap bila dah ada hasil senang sikit nak cakap, jadi saya harap rakyat boleh terus sokong dan beri kerjasama dan akhirnya hasil itu boleh dirasai oleh semua pihak.

S: Rakyat bersuara dan bertanya mengenai kenapa Datuk Seri tidak menonjol dan rakyat tak tahu apa yang dibuat?

J: Mungkin kerana kita banyak bermesyuar­at untuk merangka pelaksanaa­n dan nak tengok macam mana nak melaksanak­an dan saya banyak tengok melawat merata tempat. Kita juga dapat khidmat nasihat dari pakar luar kerana bila keputusan dibuat, kita nak terus jalan saja. Kita tak mahu menoleh ke belakang.

Saya tak mahu buat silap sebab kita tak banyak masa. Mungkin atas sebab itulah kut, tapi kita juga kena faham, lima bulan terlalu singkat dan kita mewarisi keadaan yang agak teruk berbanding zaman saya dulu mewarisi kerajaan negeri Kedah daripada PAS.

Zaman saya memenangka­n BN waktu itu mengalahka­n PAS, keadaan tak seteruk kali ini di mana kami terpaksa ambil alih daripada Kerajaan BN yang buat keputusan yang tidak menguntung­kan Kedah. Jadi, kita nak reverse (tukar) itu satu yang agak rumit.

S: Bagaimana hubungan negeri dengan Baginda Sultan Ke- dah?

J: Sangat baik. Saya fikir Sultan Kedah sangat prihatin, sangat mengambil tahu mengenai apa kerajaan negeri nak lakukan. Apa perancanga­n kita, apa masalah dihadapi, keadaan rakyat bila berlaku bencana dan sebagainya.

Jadi sekiranya kerajaan negeri terpaksa buat keputusan berat yang agak kontrovers­i, bila kita terangkan, Tuanku Sultan bukannya setakat memahami tapi baginda menyokong dan memberi galakan lagi. Contohnya soal integriti jadi kadang-kala kita rasa boleh ke kalau terpaksa ambil tindakan... macam mana kita nak ambil tindakan?

Baginda kata teruskan. Soal integriti, jangan kita berkomprom­i. Baginda mempunyai toleransi yang sangat kecil soal integriti kalau ada soal penyelewen­gan Baginda bagi ruang yang seluasnya kepada kerajaan negeri untuk ambil tindakan yang kita rasa wajar. Dari segi itu saya sangat rasa bernasib baik mempunyai Tuanku Sultan begitu prihatin.

S: Kerajaan negeri dan Sultan Kedah ada bertukar pandangan?

J: Kedua-duanya... kadang-kala itu mengenai perkara yang saya tidak terfikir baginda Tuanku akan sebut. Kebiasaann­ya sebelum mesyuarat EXCO saya akan menghadap Tuanku dulu mungkin tak sekerap kita adakan EXCO tapi peluang seperti itu amat bermakna buat saya kerana dapat melaporkan apa yang kerajaan negeri buat dan saya dapat manfaat daripada titah Tuanku.

Saya tak mahu buat silap sebab tak banyak masa. Tapi kita juga kena faham, lima bulan terlalu singkat dan kita mewarisi keadaan yang agak teruk berbanding zaman saya dulu mewarisi kerajaan negeri Kedah daripada PAS” Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah

 ??  ??
 ?? [FOTO AMRAN HAMID /BH] ?? Ahmad Zaini (kiri) menemu bual Mukhriz di Wisma Darul Aman, Alor Setar, baru-baru ini.
[FOTO AMRAN HAMID /BH] Ahmad Zaini (kiri) menemu bual Mukhriz di Wisma Darul Aman, Alor Setar, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia