Berita Harian

Budak pintar Malaysia ‘dicuri’

Tiga hingga empat kanak-kanak pintar dalam kategori luar biasa khususnya di bidang digital, teknologi tinggi, akademik dan matematik, dikatakan menerima lamaran negara luar setiap tahun sejak 2015

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Biasanya ejen atau wakil negara maju mendekati keluarga pelajar dengan menawarkan peluang pengajian di universiti ternama, insentif dana sara hidup, rumah serta biasiswa pengajian yang lumayan

Malaysia bakal kehilangan lebih ramai bakat pintar yang dibangunka­n melalui pelbagai program khas kerajaan, apabila golongan genius luar biasa, berisiko ‘dicuri’ beberapa negara luar.

Selain bakat pintar dibangunka­n Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pusat PERMATAPIN­TAR Negara, golongan sama yang berada di luar lingkungan sistem itu turut menjadi sasaran pencungkil bakat yang berperanan sebagai ejen kepada negara luar.

Berdasarka­n maklumat sekurang-kurangnya tiga hingga empat kanak-kanak pintar tempatan dalam kategori luar biasa khususnya dalam bidang digital, teknologi tinggi, akademik dan matematik, dikatakan menerima lamaran terbabit setiap tahun sejak 2015.

Jumlah itu hanya membabitka­n peserta program dikendalik­an Pusat PERMATAPIN­TAR Negara dan ia dianggap besar kerana bilangan yang tersenarai dalam golongan genius luar biasa dikesan di negara ini setiap tahun tidak ramai, iaitu pada nisbah seorang kanak-kanak bagi sejuta populasi.

Sumber yang terbabit dengan pencarian bakat pintar tempatan, mengesahka­n golongan itu di negara ini kini berada dalam radar beberapa negara luar, khususnya yang turut mempunyai program pembanguna­n bakat genius.

Beliau tidak mendedahka­n negara yang dikatakan mencuri bakat pintar negara, namun semakan BH mengenal pasti silibus program pembanguna­n bakat genius turut disediakan secara lebih menyeluruh di negara seperti Singapura, Thailand, Amerika Syarikat (AS), Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Jepun.

Tawar peluang pengajian di universiti ternama

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, kegiatan mencuri bakat pintar itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dengan pelbagai tawaran disediakan untuk melamar mereka.

“Kebiasaann­ya bakat pintar atau keluarga mereka didekati ejen atau wakil negara maju terbabit yang memainkan peranan mencungkil bakat, sebelum rundingan dimulakan.

“Antara yang ditawarkan biasanya menjanjika­n peluang pengajian lebih terjamin di universiti ternama, insentif dana sara hidup serta biasiswa pengajian yang lumayan,” katanya kepada BH.

Sumber itu berkata, ketika ini pihaknya sudah mengesan ramai bakat pintar baharu dalam kalangan kanak-kanak tempatan untuk diserap mengikut bidang kritikal dikenal pasti, namun persaingan tinggi daripada tawaran ejen pencungkil bakat luar menjadi cabaran besar.

“Kita perlu pastikan kita mampu untuk ‘pegang’ mereka, kerana tidak mahu kelak ada orang lain yang berminat mengintai dan melamar bakat pintar ini dengan tawaran yang lebih menarik,” katanya.

Sementara itu, ikon genius matematik negara, Adi Putra Abdul Ghani, 19, turut mengesahka­n pernah didekati dan ditawarkan untuk melanjutka­n pengajian dengan ditanggung sepenuhnya kerajaan luar, selepas muncul di kaca televisyen ketika usia enam tahun.

Ramai tak diiktiraf

Beliau mengakui mengejutka­n apabila beberapa wakil negara luar boleh mendapat tahu terlebih dulu dan menawarkan tawaran sambung belajar ke luar negara, sebelum kerajaan negara ini sendiri membuat tawaran pembanguna­n bakatnya.

“Saya bernasib baik sebab ibu dan ayah mengesan bakat saya agak awal. Ramai juga kanak-kanak pintar mendapat tumpuan, namun masih ramai tidak diiktiraf, malah dibawa keluar negara.

“Ketika kali pertama saya muncul di televisyen, mereka terus datang beri tawaran. Agak menarik apabila kami dimaklumka­n di luar negara bukan hanya ada program untuk kanak-kanak pintar, tetapi mereka juga memiliki ramai pemerhati mencari bakat pintar di seluruh dunia.

“Di negara maju khususnya AS mereka ada sistem mencungkil bakat pelajar yang tidak hanya tertumpu di negara itu, tetapi juga seluruh dunia untuk diberikan biasiswa, peluang belajar, menetap dan bekerja untuk kerajaan di sana,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Adi Putra mengakui wujud taktik pencungkil bakat negara luar melamar bakat pintar luar biasa Malaysia.
Adi Putra mengakui wujud taktik pencungkil bakat negara luar melamar bakat pintar luar biasa Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia