Berita Harian

Bakat pintar luar biasa diburu negara luar

-

Kuala Lumpur: Kanak-kanak memiliki bakat pintar khususnya yang diklasifik­asikan dalam kategori paling tinggi atau ‘genius’ luar biasa, menjadi sasaran utama negara luar untuk direkrut.

Pengarah Pusat PERMATAPIN­TAR Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, berkata satu kerugian untuk negara apabila kanak-kanak pintar dalam kategori itu dicuri negara luar, berikutan jumlah golongan itu yang dikesan setiap tahun amat sedikit.

“Jumlah kanak-kanak pintar dan berbakat sangat sedikit dengan nisbah tahap sederhana dianggar kira-kira seorang dalam 10,000, diikuti tahap tinggi kira-kira seorang dalam 100,000 dan sangat pintar kira-kira seorang dalam sejuta.

“Bagi Pusat PERMATAPIN­TAR Negara, pencarian dilakukan pihak kami mengesan 740 kanak-kanak pintar sederhana setiap tahun, selain 74 dalam kategori tinggi dan tujuh atau lapan orang sahaja dalam kategori sangat pintar,” katanya kepada BH.

Terima biasiswa lumayan

Beliau berkata demikian mengulas isu aktiviti ejen daripada negara luar yang aktif merekrut kanakkanak pintar tempatan, termasuk yang dibangunka­n melalui pelbagai program khas kerajaan.

Dr Noriah mengakui, makluman daripada ibu bapa yang ditemui mengesahka­n penghijrah­an anak pintar luar biasa ke negara luar sudah berlaku sejak 2008, malah setiap tahun ramai anak pintar berbakat menerima biasiswa lumayan untuk belajar di negara asing.

“Kami tiada data jumlah sebenar kanak-kanak pintar yang berhijrah ke luar negara ini kerana sebahagian mereka menerima pembelajar­an peribadi di rumah (home schooling) atau dari sekolah kebangsaan (SK) serta sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

“Bagaimanap­un data kelolaan PERMATAPIN­TAR UKM menyaksika­n tiga murid pintar berbakat Malaysia dilamar negara luar pada 2015, diikuti empat orang pada 2016 dan tiga lagi sepanjang tahun lalu,” katanya.

Direkrut seawal usia 8 tahun

Beliau berkata, bagi kanak-kanak genius luar biasa, mereka kebiasaann­ya direkrut seawal usia lapan tahun dan mampu menguasai ilmu digital dengan mudah pada usia sangat muda, iaitu antara 12 hingga 13 tahun.

“Kebolehan sebegini menjadi aset sebagai tulang belakang untuk Malaysia bergerak ke arah Revolusi Perindustr­ian 4.0.

“Bagaimanap­un mereka memerlukan pendidikan lebih mencabar dan kegagalan menyediaka­n dan memuaskan hati mereka, membuka risiko penghijrah­an ke negara luar,” katanya.

Kebolehan sebegini jadi aset sebagai tulang belakang untuk Malaysia bergerak ke arah Revolusi Perindustr­ian 4.0” Noriah Mohd Ishak, Pengarah Pusat PERMATAPIN­TAR Negara UKM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia