Berita Harian

Tok Pa wakil tunggal BERSATU DUN Kelantan

Ahli Parlimen Jeli turut jadi pencetus semangat kepada parti

- Oleh Nor Fazlina Abd Rahim dan Mohd Zulkifli Zainuddin

Penyertaan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjadikan beliau wakil tunggal parti itu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Ketua Penerangan BERSATU, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata kedudukan Mustapa sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan turut menjadi pencetus semangat buat BERSATU.

“Apabila panglima keluar dan bersama dengan kita, saya yakin di peringkat UMNO Bahagian lain juga akan turut bersama kita, sekali gus menjadi satu lonjakan BERSATU di Kelantan.

“Kita tahu rekod pencapaian Mustapa yang tidak boleh dinafikan. Semua pihak perlu mengakui sumbangan beliau kepada negara dan Kelantan sebelum ini.

“Sekurang-kurangnya kita mempunyai suara di DUN Kelantan dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dari Kelantan. Mungkin akan ada wakil lain pula selepas ini,” katanya.

Mohd Radzi ditemui pada Majlis Perjumpaan Khas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi bersama ketua jabatan dan agensi Persekutua­n Kelantan, di sini, semalam.

Serah kepada pucuk kepemimpin­an

Sementara itu, jawatan Mustapa dalam BERSATU akan ditentukan oleh kepemimpin­an parti.

Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamarudin Md Noor, berkata belum ada perbincang­an berhubung isu jawatan Mustapa dibuat pada peringkat negeri atau pusat.

Katanya, BERSATU peringkat pusat juga belum merujuk pihaknya berhubung perkara itu.

“Kita serahkan kepada pucuk kepemimpin­an parti untuk menentukan kerana jika dilihat kepada kenyataan Tok Pa, beliau menyertai Ketua Penerangan BERSATU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia