Berita Harian

Remaja trauma dipaksa bapa tiri tidur bersama

-

Kuantan: Seorang gadis berumur 18 tahun trauma selepas mendakwa dipaksa bapa tirinya untuk tidur bersama dengan alasan menghalang mangsa daripada diganggu makhluk halus.

Remaja dikenali sebagai Jo Ann itu mendakwa dalam kejadian 19 Oktober lalu, bapa tiri berusia 50 tahun memaksanya tidur di tengah antara lelaki berkenaan dengan ibu berumur 44 tahun.

“Saya tidak tidur sepanjang malam itu kerana bimbangkan keselamata­n diri,” katanya pada sidang media di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, dekat sini, semalam.

Jo Ann berkata, bapa tiri yang sudah tidak bekerja itu berkahwin dengan ibunya sejak sembilan tahun lalu.

“Saya tidak boleh terima (alasan diberikan bapa tiri) dan tindakanny­a tidak logik. Saya kini trauma dan tidak sanggup lagi pulang ke rumah selepas kejadian itu.

Tumpang di rumah mak cik

“Semalam (kelmarin), saya ke pejabat ADUN Teruntum, Sim Chon Siang. Beliau menasihati saya membuat laporan polis. (Laporan polis) sudah dibuat petang semalam (kelmarin), dan saya kini menumpang di rumah emak saudara,” katanya.

Selain itu, Jo Ann yang juga pelajar di kolej swasta di sini, mendakwa pernah ditampar bapa tiri pada awal September tahun lalu kerana dirinya dikatakan bergaul dengan kawan tidak senonoh.

Malah, katanya, kehidupan diri sebagai remaja turut dikawal dan hanya boleh keluar ke tempat belajar.

“Saya terpaksa meminta bantuan emak saudara mengambil saya di rumah, pagi semalam (kelmarin), sebelum ke sini (pejabat ADUN Teruntum) dan Balai Polis Kuantan.

“Saya tidak mahu balik dan kalau boleh hendak tinggal bersama nenek di Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Chon Siang berkata, beliau mengambil masa kirakira empat jam kelmarin untuk memujuk mangsa membuat laporan polis.

“Susah juga kes ini, saya terpaksa memujuk dia membuat laporan polis sebelum tindakan lanjut boleh diambil terhadap bapa tirinya,” katanya.

 ?? [FOTO ZULKEPLI OSMAN /BH] ?? Jo Ann pada sidang media bersama Chon Siang di pejabat ADUN, Jalan Beserah, semalam.
[FOTO ZULKEPLI OSMAN /BH] Jo Ann pada sidang media bersama Chon Siang di pejabat ADUN, Jalan Beserah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia