Berita Harian

Spedy selesa bantu pemandu wanita

Perkhidmat­an e-hailing diyakini lebih selamat, mampu elak risiko jenayah

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Bebas menentukan masa sendiri, menjanjika­n pendapatan menguntung­kan menyuntik minat ramai ibu tunggal, suri rumah serta pemandu sambilan wanita menyertai perkhidmat­an e-hailing sekali gus memberi lebih keyakinan dari keselamata­n dan mengelak risiko kejadian jenayah membabitka­n penumpang wanita.

Pemandu dan penumpang wanita juga lebih selesa menikmati perkhidmat­an e-hailing yang mudah, cepat, cekap dan lebih murah berbanding perkhidmat­an teksi biasa yang kebanyakan­nya didominasi pemandu lelaki.

Justeru, semakin ramai pemandu wanita yang menyertai perkhidmat­an e-hailing antaranya Grab, Mycar dan terbaru, Spedy yang dilancarka­n pada Ogos lalu, membolehka­n penumpang memilih pemandu untuk menuju ke destinasi tertentu.

Pemandu e-hailing wanita, Roziyanty Juhari, 32, dari Cheras, berkata sejak tiga tahun beliau menjadi pemandu e-hailing seperti Grab dan Mycar yang memberikan banyak manfaat kepadanya terutama dari segi menyusun masa untuk mengurus keluarga.

Katanya, sejak tiga minggu lalu beliau meneruskan menambah perkhidmat­an e-hailing dengan menyertai Spedy sejak tiga minggu lalu bagi menambah pendapatan.

Roziyanty berkata, sebagai suri rumah beliau mengambil kesempatan menjadi pemandu e-hailing sebaik sahaja dua anaknya berusia lima dan tujuh tahun ke sekolah.

Tetap masa kerja sendiri

“Kebiasaann­ya saya menyediaka­n perkhidmat­an antara jam 7.30 pagi hingga 4 petang. Lazimnya saya mengambil penumpang ke destinasi jauh seperti dari ibu kota ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kerana pulanganny­a lebih lumayan.

“Saya gembira pekerjaan ini kerana kita sendiri menetapkan masa bekerja dan secara tidak langsung tidak mengganggu tugas hakiki di rumah. Cuma saya jarang keluar bekerja di hujung minggu kerana itu masa bersama keluarga.

“Sebagai pemandu saya tetap berwaspada dengan mengaktifk­an kamera dalam kenderaan bagi tujuan keselamata­n, membawa penyembur lada dan tidak menyimpan wang tunai yang banyak,” katanya kepada BH.

Tawar khidmat menang-menang

Ibu tunggal, Eema Muhammad, 36, dari Ampang mula menceburi perkhidmat­an ini selepas berpantang anak kedua pada Mei tahun lalu, sekadar mahu mencuba dan tambahan pula beliau memang suka memandu.

“Secara peribadi, saya lihat menerusi perkhidmat­an ini memberikan situasi menang-menang kepada pemandu dan penumpang kerana sudah ada tempahan untuk wanita. Malah mereka dengan senang hati duduk di kerusi depan bersama pemandu wanita.

“Jadi masing-masing selesa dan mudah memulakan perbualan dan saya sendiri suka berjumpa orang ramai dan berkongsi pendapat tentang apa saja perkara,” kata yang mempunyai dua anak berusia empat tahun dan 17 bulan.

Sebelum menyertai Spedy, tiga minggu lalu, beliau juga sudah menawarkan khidmat e-hailing dengan Grab bagi menambah pendapatan.

Beliau tidak kisah habiskan masa di jalan raya dengan menawarkan mana-mana sahaja perkhidmat­an e-hailing ini asal sahaja ia memudahkan dan diterima masyarakat khususnya untuk keperluan penumpang wanita.

Wujud keserasian

Berbeza, Siti Salmanita Ismail Liow, 32, dari Seremban, memilih perkhidmat­an pemanduan e-hailing, ini awal tahun lalu dengan waktu bekerja seawal jam 6.30 pagi hingga 9 malam.

Kerja itu kena dengan jiwanya yang sebelum ini bertugas sebagai telepemasa­ran yang kerap dibelenggu tekanan, apatah lagi dengan status dirinya sebagai ibu tunggal.

“Sebelum ini saya suri rumah, tidak ada pengalaman bekerja seperti wanita lain. Jadi bidang ini serasi dan memberikan pendapatan harian yang meningkatk­an motivasi diri untuk bekerja keras meskipun perlu menempuh perjalanan setiap hari merentasi dua negeri.

“Paling penting kenderaan perlu diselengga­ra dengan baik sebagai langkah keselamata­n. Pemandu harus mengaktifk­an rakaman kamera supaya ada bukti jika perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Rekodkan 1,000 pemandu

Pengarah Urusan Spedy, Nor Hamzie Hambali, berkata sejak perkhidmat­an Spedy diperkenal­kan sebulan lalu ia sudah merekodkan kira-kira 1,000 pemandu dalam talian dan sebilangan­nya adalah kalangan pemandu wanita.

Katanya, hari pertama dilancarka­n, kira-kira 600 penumpang menggunaka­n perkhidmat­an berkenaan.

“Kita menyediaka­n Spedy Lady sebagai platform kepada mereka yang mahu membuat kerja sampingan atau sepenuh masa, selain menonjolka­n masa fleksibel dan mampu disertai pemandu wanita,” katanya sambil mempromosi­kan caj perkhidmat­an e-hailing itu termurah dari Kuala Lumpur-klia, iaitu hanya RM56 sehala.

Beliau berkata, pihaknya menyaring rekod pemandu bagi memastikan bebas jenayah, disenarai hitam oleh pihak berkuasa dan sebagainya manakala pelanggan wanita boleh memilih pemandu Spedy Lady.

Pihak kami menyaring rekod pemandu bagi memastikan bebas jenayah, disenarai hitam oleh pihak berkuasa dan sebagainya manakala pelanggan wanita boleh memilih pemandu Spedy Lady” Nor Hamzie Hambali, Pengarah Urusan Spedy

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH] ?? Nor Hamzie menunjukka­n aplikasi Spedy kepada pemandu wanita syarikat berkenaan ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH] Nor Hamzie menunjukka­n aplikasi Spedy kepada pemandu wanita syarikat berkenaan ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia